LCD Projektor

Alhamdulillah, setelah 10 tahun bertugas sebagai guru akhirnya pada hari ini dapat rezeki untuk mempunyai LCD projektor sendiri untuk kegunaan P&P. Sejak awal tahun 2014 lagi dah berkira-kira untuk beli sendiri projektor. Almaklumlah sejak program PPSMI diberhentikan, tiada lagi supply baru projektor untuk sekolah-sekolah manakala projektor yang sedia ada di sekolah dah menghampiri jangka hayat lamp life nyer. Lebih separuh dah terperuk dalam stor sahaja kerana rosak. Nak mengharapkan ianya dibaiki nampak gaya laporan kerosakan hanya atas kertas sahaja.

Sebelum pergi ke Danga City Mall tadi sempat la google maklumat berkaitan dan terjumpa satu artikel yang saya kira sangat berguna di blog cikgu Romie. Saya recommend anda baca artikel ni sebelum anda membeli set projektor anda.

Di Danga tadi, setelah survey kedai-kedai yang menjual projektor yang mampu dibeli serta pada saya berbaloi dimiliki, akhirnya projektor ini menjadi pilihan.


Sebab utamanya ialah mestilah harganya. Kalau ikutkan price tag dia tadi, kedai tu letakkan RM1299. Rupanya harga tu termasuk aksesori iaitu presenter dan screen. Rasa macam tak perlukan aksesori tu, so dapatlah RM1145.

 Set projektor + bag

 Design ok la dengan bajet..

Not bad....3000 lumens, sesuai la dengan kecerahan dalam classroom...
mudah-mudahan anak-anak murid mudah menerima ilmu yang akan disampaikan.

Kalau nak tau detail tentang projektor ni...sila klik di sini.

2 ulasan :

  1. wah. beli sendiri. ngeee. hebat larh cikgu. :)

    BalasPadam
  2. Tak lah hebat pun cik diana. Cikgu biasa sahaja.

    BalasPadam

Pengikut