MS Powerpoint : Audio tetap dimainkan walaupun slaid dibuka kali kedua


Dalam perisian MS Powerpoint, tentunya anda pernah mengalami situasi seperti dalam video di bawah.


Kita telah setkan satu slaid sebagai respon kepada jawapan yang dipilih dan di slaid tersebut kita masukkan audio file. Namun, apabila kita klik soalan berikutnya dan jawapan dipilih, slaid akan terpapar tetapi audionya tidak dimainkan secara otomatik.


Bagaimana untuk menyelesaikannya?

Caranya :

Gambar di bawah menunjukkan slaid respon kita kepada jawapan yang dipilih. Ke sinilah kita hyperlinkkan untuk pilihan jawapan yang betul.


Sekarang, kita perlu tambah satu slaid sebelum slaid respon tadi.
1. Klik New Slide
2. Pilih Blank


1. Sekarang kita akan nampak satu slaid baru sebelum slaid respon tadi.
 2. Pastikan kita berada pada Tab Animation
3. Untick On Mouse Click dan Tick Automatically after. Pastikan duration adalah 00.00


Kemudian, anda perlu pastikan semua hyperlink ke slaid respon tadi ditukar ke slaid kosong sebelum slaid respon.

Semoga berjaya!



0 comments :

Catat Ulasan

Pengikut