PLuG TMK Tahun 5 - Edit Template Blog

Cara-cara untuk ubahsuai Template blog anda di blogger.com.

1. Klik di sini. (Lihat gambar di bawah)
2. Klik Template.



Paparan dalam (1) adalah template blog anda sekarang.
Bahagian (2) dan ke bawah adalah pilihan template yang anda boleh pilih untuk digunakan pada blog anda.



Terdapat dua cara untuk menukar template blog. Cara pertama seperti gambar di bawah. Gerakkan kursor mouse ke atas template yang anda ingin pilih, kemudian link Apply To Blog akan muncul di bawahnya. Klik pada link tersebut.



Perhatikan gambar di bawah. Template blog telah bertukar mengikut pilihan yang diklik tadi.


Cara kedua untuk menukar template ialah, instead of klik pada Apply To Blog, anda boleh klik pada link Customise.


Paparan seperti di bawah akan muncul. Kelebihan anda mengubahsuai menggunakan link Customise berbanding Apply To Blog adalah di sini jika anda tidak berpuas hati dengan selection anda, anda boleh terus pilih dari pilihan yang ada dan ini akan menjimatkan masa anda.

Bahagian satu adalah kategori Template samada Simple, Dynamic, Pictorial dan sebagainya dan Bahagian (2) adalah template mengikut kategori yang anda boleh pilih. Hanya buat pilihan anda dengan cara klik pada template yang anda sukai.


Anda juga boleh mengubah warna tema blog anda.

1. Klik pada Background.
2. Buat pilihan warna tema anda.


Lebih menarik, anda boleh menukar background image blog anda.

1. Klik seperti dalam gambar di bawah.
2. Buat pilihan background image anda. Anda juga boleh memuatnaik image anda sendiri dengan klik pada option Upload image.


Dalam gambar di bawah, anda boleh mengubah kelebaran paparan blog anda dengan option Adjust widths, Hanya gerakkan slider ke kanan atau ke kiri atau masukkan amau kelebaran piksel yang diperlukan.


Untuk menukar layout (susunatur blog post, header dan gadgets) klik pada option Layout dan klik pada pilihan anda.


Akhir sekali, untuk lebih menarik anda boleh mengubahsuai melalui option Advanced. Di sini terdapat lebih banyak yang anda boleh ubahsuai mengikut citarasa anda.

Pengikut