Cara kesan smartphone dalam mode silent yang hilang

Pernahkan anda terlupa di mana anda letakkan smartphone anda? Anda cuba call nombor anda dan tiada bunyi deringan kerana anda tetapkan ia pada mode silent? Pastinya keadaan anda menjadi resah gelisah. Maklumlah sekarang ni smartphone sebahagian orang kata adalah nyawa kita. 

Dalam entri ini saya ingin kongsikan satu cara bagaimana anda dapat mengesan smartphone anda walaupun ianya berada pada mode silent. Dengan cara ini, anda akan dapat membuatkan smartphone anda mengeluarkan bunyi deringan walaupun ianya pada mode silent.

Sebelum itu, cara ini hanya boleh digunakan jika smartphone anda bersambung ke internet dan ianya belum kehabisan bateri. 

Jom saya tunjukkan caranya. Anda boleh cuba sekarang dengan tetapkan smartphone anda pada mode silent dan pastikan ianya bersambung ke internet.

Langkah 1

Buka laman web ini https://google.com/android/devicemanager menggunakan komputer ataupun gadget anda yang lain.

Kemudian, log in menggunakan akaun emel yang anda daftarkan pada smartphone anda. 


Langkah 2

Apabila telah log in, anda akan ditanya soalan seperti di bawah, klik Accept.


Langkah 3

Tunggu sehingga smartphone anda dapat dikesan. Jika smartphone anda tidak bersambung ke internet, proses ini tidak akan berjaya.


Langkah 4

Setelah smartphone anda berjaya dikesan, status akan memaparkan Online.
Klik pada Ring.


Langkah 5

Klik Ring


Sekarang, smartphone anda yang berada pada mode silent tadi akan berdering.

Selamat mencuba!

Nota tambahan:
Jika tetapan Location pada smartphone anda pada mode On, anda boleh locate dengan klik pada icon seperti ditunjukkan. Lokasi smartphone anda akan ditunjukkan pada peta.


Frog VLE | Masukkan Flash Games

Sebagai guru Bahasa Inggeris, saya sering menggunakan bahan berbentuk language games dalam format flash di dalam site Frog VLE yang saya bina. Salah satu contoh site yang saya bina adalah 


Terdapat banyak laman web yang mengandungi flash games yang kita boleh gunakan dalam site Frog VLE. Salah satu laman favourite saya ialah http://www.eslgamesplus.com/. Dengan menggunakan bahan berbentuk games, sudah tentunya murid menjadi lebih berminat untuk belajar, lebih-lebih lagi murid-murid kelas belakang seperti murid saya. 

Dahulu, saya biasanya akan gunakan widget Embed untuk memasukkan laman web yang mengandungi flash game tersebut. Saya rasa jika anda seorang guru, tentunya anda sudah diberi kursus bagaimana menggunakan widget Embed. Namun begitu, satu kelemahan menggunakan widget Embed yang saya kurang gemari ialah murid senang menyimpang ke laman web lain yang tidak berkaitan. Contohnya :


Di atas ialah satu site yang mana saya telah embed flash game ke dalamnya. Kalau diperhatikan, terdapat scroll bar di bahagian tepinya.


Jika murid scroll down, akan terpapar game lain yang boleh mereka klik. Jika murid klik game tersebut, maka apa yang kita harapkan untuk P&P kita tidak akan tercapai.

Jadi, apakah caranya untuk menghalang murid dari pergi ke laman lain yang kita tidak kehendaki untuk P&P kita? Puas juga memikirkan caranya, Akhirnya, saya dapat satu cara yang saya rasakan terbaik iaitu kita JANGAN masukkan keseluruhan laman web yang mengandungi flash game tadi SEBALIKNYA kita HANYA MASUKKAN flash game itu sahaja.

Untuk itu, kita perlu download dahulu flash game itu ke dalam komputer kita dan kemudian masukkannya ke dalam site menggunakan widget MEDIA.

Jom saya tunjukkan caranya.

Langkah 1
Buka laman web yang mengandungi flash game. Kemudian, letakkan KURSOR mouse di bahagian luar flash game, dan KLIK KANAN. Satu menu akan terpapar, KLIK View page source.


Langkah 2
Paparan seperti di bawah akan kelihatan. Klik butang CTRL + F untuk fungsi carian. Taipkan swf dan tekan Enter.

Anda akan dapat lihat satu link bermula dengan http dan mengandungi swf yang dihighlightkan. Itu adalah link ke flash game yang kita mahu masukkan ke dalam site.


Langkah 3
Letakkan kursor mouse di atas link tersebut dan klik kanan. Satu menu akan terpapar, klik pada Save link as.


Langkah 4
Sekarang, pilih di mana kita mahu save flash game tadi. Untuk memudahkan, pilih desktop dan klik Save.

Untuk makluman, ini adalah cara untuk download flash game ke dalam komputer kita. Apabila kita telah download, kita boleh mainkan flash game tadi secara offline tanpa bersambung ke internet.



Langkah 5
Setelah download flash game tadi, sekarang masanya untuk masukkannya ke dalam site. Buka site yang kita bina kemudian drag and drop widget MEDIA ke dlaam site.


Langkah 6
Klik butang Upload dan pilih flash game yang kita telah simpan tadi. Klik Open.


Sekarang, kita telah berjaya masukkan flash game tadi ke dalam site tanpa gangguan link yang tidak berkaitan.

Selamat mencuba.


KSSR English Year 6 | Yearly Scheme of Work

For those who are looking for English Year 6 yearly scheme of work, you can download it from the following link.



I have prepared it based on the DSKP and the latest Year 6 textbook.

You may also download the list of the language skills present in the DSKP from this link.



Cara zip dokumen/fail dengan mudah

Anda pernah dengar dialog seperti ini?

1. "Kalau nak attach banyak2 fail melalui emel, kena zip dulu."
2. "Fail ni besar la saiznya, kena zip untuk kecilkan saiznya."

Kedua-dua situasi di atas adalah berkenaan zip fail/dokumen. Secara umumnya, zip ni bermaksud fail yang kita mampatkan samada satu fail sahaja ataupun banyak fail. Tujuan zip adalah untuk mengecilkan saiz fail/dokumen ataupun untuk memudahkan kita attach lebih dari satu fail/dokumen melalui emel/upload ke Google Drive. Proses zip ini juga dikenali sebagai compress.

Terdapat banyak software/perisian yang boleh digunakan untuk proses zip ataupun unzip fail/dokumen. Antaranya ialah 7zip, winrar dan winzip. Namun begitu, jika anda pengguna komputer windows, anda tidak perlu risau jika anda tidak mempunyai software tersebut. Ini kerana windows telah menyediakan utilitinya sendiri untuk zip fail atau dokumen.

Jom tengok caranya yang amat mudah. Saya akan tunjukkan bagaimana zip 4 dokumen word untuk dihantar melalui emel.

Langkah 1

Masukkan kesemua dokumen tersebut ke dalam satu folder.
Perhatikan gambar di bawah. Saya telah memasukkan keempat-empat dokumen tersebut ke dalam folder Makmal Komputer.




Langkah 2

Perhatikan saiz folder Makmal Komputer tersebut ialah 504 KB. Sekarang, letakkan kursor mouse di atas icon folder Makmal Komputer, dan klik butang kanan mouse anda.



Langkah 3

Klik Send to ----> Compressed (zipped) folder.



Sekarang, anda akan dapati satu folder baharu Makmal Komputer telah muncul dan itulah folder yang anda telah zip tadi. Saiznya telah mengecil kepada 307 KB.



Potong video menggunakan VLC Player

Salam kepada semua

Kali ini saya ingin berkongsi cara untuk memotong video menggunakan VLC player. Katakanlah anda merakam satu video dan ingin membuang bahagian yang anda rasakan tidak perlu, anda boleh lakukan dengan VLC player sahaja tanpa perlu install software video editing yang lain. Untuk makluman yang tidak biasa dengan VLC player, ia adalah satu software yang digunakan untuk memainkan video dan ianya adalah percuma. Anda boleh download software ini di SINI.

Selain memainkan video, VLC juga boleh digunakan untuk memotong bahagian video yang kita tidak mahu. Jadi, kita boleh katakan ia adalah 2 in 1 software. Dan prosesnya amat mudah sekali. 

Sebelum saya tunjukkan caranya, perlu dinyatakan konsep yang akan digunakan adalah konsep rakaman semula video (rakam bahagian yang kita mahukan dan potong bahagian yang kita tidak mahu). Jom tengok caranya.

Langkah 1

Buka VLC player anda. Klik Media ----> Open File untuk buka video yang ingin dipotong.


Langkah 2

Cari video anda. Saya akan edit video seperti dalam gambar di bawah. Perhatikan saiznya ialah 325 MB dan durasinya ialah selama 2 minit 47 saat.



Langkah 3

Sekarang video anda akan dibuka. Anda boleh menggerakkan slider untuk mencari bahagian yang ingin disimpan. Contohnya dalam gambar di bawah, saya ingin membuang bahagian awal video dan ingin menyimpan mulai saat ke 23. Jadi, saya gerakkan slider ke saat 23.

Jika anda tidak mahu menggerakkan slider, anda boleh juga klik butang play  dan pause 



Langkah 4

Sekarang, klik pada View -----> Advanced Controls


Langkah 5
Sekarang, klik butang Record    dan Play


Langkah 6

Biarkan video dimainkan sehingga bahagian akhir yang anda ingin rakam, klik butang rekod sekali lagi untuk menghentikan rakaman.


Rakaman video tadi akan disimpan di direktori Videos.
Perhatikan  saiz video yang dirakam hanyalah 55.7 MB dan durasinya 28 saat berbanding video asal tadi.


Telegram | Pindahkan gambar/fail dari smartphone ke laptop

Anda biasa gunakan Telegram? Tentunya anda tahu antara kelebihan Telegram (berbanding Whatsapp) kita boleh berkongsi fail melalui Telegram. Kita juga boleh akses Telegram menggunakan laptop atau PC. Baca entri saya berkaitan ciri ini DI SINI.

Apabila saya menghasilkan entri tentang cara memindahkan fail dari smartphone ke laptop menggunakan wifi transfer (BACA DI SINI), ada komen yang mengatakan mereka menggunakan Telegram untuk tujuan tersebut. Ya, memang Telegram memudahkan kita untuk memindahkan fail, gambar, video dan sebagainya di antara smartphone/tablet dengan laptop/PC dengan adanya ciri Telegram Web.

Masalahnya, katakanlah anda ada beberapa keping gambar di dalam smartphone dan anda ingin memindahkannya ke laptop anda menggunakan Telegram, bagaimanakah ianya boleh dilakukan? Caranya ialah dengan menghantar gambar tersebut kepada diri anda sendiri.

Jom saya tunjukkan.

Mula-mula buka aplikasi Telegram anda di smartphone kemudian tap pada icon search seperti di bawah.


Kemudian, taipkan nama yang anda gunakan sebagai profil di Telegram anda. Apabila disenaraikan, tap pada nama anda.


Sekarang, anda boleh pilih gambar yang hendak dihantar dengan tap pada icon paperclip seperti di bawah. Pilih gambar dan send.


Langkah terakhir, buka Telegram web di laptop anda dan download gambar-gambar tadi.
Jika belum tahu bagaimana untuk akses Telegram menggunakan laptop, baca entri saya dengan KLIK DI SINI.


Sekian perkongsian saya. Semoga bermanfaat untuk memudahkan tugas anda terutamanya rakan-rakan guru.

Nota tambahan :
Biasanya jika anda menghantar gambar melalui Telegram, saiz gambar tersebut akan dikecilkan (compressed) dan mungkin kualiti ketajamannya akan berkurang. Untuk mengekalkan kualiti gambar tersebut, anda boleh menghantar gambar tersebut sebagai file attachment berbanding sebagai gambar.



Galeri Gambar di Picasa Web Album

Ingin simpan koleksi gambar anda di internet tetapi tidak tahu di mana? Selain aplikasi laman sosial seperti instagram dan facebook, anda boleh juga simpan gambar anda di Picasa Web Album. Antara kelebihan mengunakan platform Picasa yang disediakan oleh Google ini adalah kita boleh meletakkan link ataupun embed album gambar kita di dalam blog dan laman web dengan mudah. Yang lebih menarik, kita boleh embed bukan sahaja gambar, malahan slide show gambar-gambar dalam format flash. 

Di sini saya kongsikan caranya :

Langkah 1

Buka browser internet dan taipkan alamat https://picasaweb.google.com



Langkah 2

Log masuk menggunakan id dan password akaun gmail anda. Bagi rakan2 guru, anda boleh juga log masuk menggunakan YES id (frog) anda.

Setelah itu, klik pada butang Upload



Langkah 3

Taipkan nama album gambar anda. Kemudian, klik pada butang Select photos from your computer



Langkah 4

Pilih gambar yang anda ingin upload ke dalam album. Jika anda menggunakan PC atau laptop, anda boleh select lebih dari satu gambar untuk diupload. Jika menggunakan tablet atau smartphone, anda perlu pilih satu demi satu gambar.

Klik butang Upload more untuk menambah gambar. Klik OK jika telah selesai.


Langkah 5

Untuk kongsikan album gambar anda dengan pengguna internet, klik pada butang Share




Langkah 6

Jika anda ingin kongsikan album anda kepada semua pengguna tanpa sekatan, terus klik pada butang Share. Jika anda ingin menambah pengguna tertentu, taipkan alamat gmail / YES id mereka dalam kotak Add more people seperti gambar di bawah.

Untuk pengguna dari SK Kg Dato Ibrahim Majid (sekolah saya), kongsikan juga album anda dengan taip  vleadmin.jba2038@yes.my dalam kotak Add more people, kemudian klik pada butang Share



MS Word | Print sijil secara pukal

Menjelang berakhirnya penggal persekolahan bagi tahun ini, mungkin ramai dalam kalangan guru yang ditugaskan sebagai AJK Sijil untuk Majlis Anugerah Cemerlang sekolah masing-masing. Pelbagai anugerah dan penghargaan yang diberikan sekolah kepada murid bermakna semakin banyaklah sijil yang perlu disediakan.

Adakah anda pernah dengar istilah mail merge? ia adalah  satu feature yang ada dalam MS Word yang membolehkan kita menghasilkan dokumen dalam kuantiti yang banyak menggunakan satu template yang sama. Contohnya, katakanlah kita ada satu template sijil untuk penghargaan Pengawas Sekolah. Dengan mail merge, kita boleh print sijil tersebut dengan nama2 yang berbeza dengan pantas.

Di sini saya kongsikan caranya menggunakan MS Word 2013. 

Langkah 1

Anda perlu taipkan nama penerima sijil tersebut dalam MS Excel. Seeloknya letakkan header seperti dalam gambar di bawah. Setelah selesai, save fail (saya save sebagai senarai penerima.xlsx) dan tutup MS Excel.


Langkah 2

Buka template sijil menggunakan MS Word. Klik pada bahagian di mana anda ingin letakkan nama penerima sijil tersebut.



Langkah 3

Sekarang,
(1) Klik MAILINGS
(2) Klik Select Recipients
(3) Klik Use an Existing List


Langkah 4

(1) Cari fail MS Excel yang telah anda save tadi.
(2) Klik Open


Langkah 5

Paparan seperti di bawah akan muncul. Klik OK.


Langkah 6

Kemudian, (1) Klik Insert Merge Field
(2) Pilih maklumat (header) yang anda ingin masukkan.


Langkah 7

Anda dapat perhatikan maklumat NAMA telah dimasukkan ke dalam template sijil. Sekarang, saya masukkan pula maklumat MYKID.


Langkah 8

Untuk melihat sama ada berjaya atau tidak, klik Preview Results.


Langkah 9

Sekarang, nama dan mykid penerima 1 telah dipaparkan. Untuk melihat nama seterusnya (1) klik pada anak panah.

Untuk print secara pukal,
(2) Klik Finish & Merge
(3) Klik Print Documents


Langkah 10

Untuk print semua sekaligus, pilih All dan klik OK. Anda juga boleh print sebahagian dengan masukkan nombor penerima dalam kotak From dan To.


Pengikut