Frog VLE | Bina Soalan Dengan Hot Potatoes dan Guna di Site

Hot potatoes adalah satu perisian percuma yang boleh digunakan bagi membina soalan interaktif untuk digunakan dalam P&P. Ianya boleh dimuatturun dari laman web ini. https://hotpot.uvic.ca/
Terdapat beberapa jenis soalan yang boleh dibina antaranya soalan aneka pilihan, isi tempat kosong, teka silang kata dan padankan. Tutorial ini akan menunjukkan cara membina soalan menyusun perkataan untuk membina ayat lengkap dan kemudiannya dimuatnaik ke Google Drive untuk dijawab secara online dalam site Frog VLE.

Langkah 1
Download dan install Hot Potatoes. Setelah itu buka perisian dan pilih JMix.


Langkah 2
Seterusnya (1) Taipkan tajuk latihan yang anda ingin buat. (2) Taipkan ayat yang lengkap di sini. Pastikan anda ceraikan ayat tersebut dengan menekan butang Enter seperti paparan di bawah.



Langkah 3
Setelah selesai, anda boleh tukar setting dahulu dengan klik pada menu Options dan Configure Output. Langkah ini perlu dibuat sekiranya anda ingin menambah soalan yang lain. Untuk makluman, setiap soalan akan digenerate pada satu web page.



Langkah 4
(1)Klik pada tab Buttons dan (2) namakan next exercise URL sebagai 2.htm.



Langkah 5
Seterusnya, kita akan generate soalan yang kita bina dalam bentuk web page untuk menjadikannya interaktif. Klik pada icon seperti dalam paparan di bawah.



Langkah 6
(1) Pilih lokasi untuk anda save soalan anda.
(2) Buat satu folder baharu.
(3) Namakan fail anda sebagai 1. Kemudian klik Save.



Langkah 7
Untuk soalan ini, klik Yes.



Langkah 8
Klik View the exercise in my browser untuk lihat hasilnya.



Ini adalah soalan yang anda bina. Namun, ianya masih secara offline, iaitu masih dalam komputer anda sahaja.



Untuk membina soalan seterusnya, ulang setiap langkah bermula Langkah 2. Pada Langkah 4, letakkan next exercise URL sebagai 3.htm. Pada langkah 6, namakan fail anda sebagai 2.htm.

Langkah 9
Sekarang, kita akan upload soalan kita ke dalam Google Drive. Log masuk akaun Frog anda dan buka Google Drive melalui Quick Launch.



Langkah 10
(1) Klik anak panah (2) Klik Folder



Langkah 11
Cari lokasi Folder anda. Setelah itu, klik OK.



Langkah 12
Berhati-hati pada langkah ini. Pastikan anda UNTICK Convert documents, presentations…to the corresponding Google Docs format. Pastikan anda set seperti paparan di bawah.



Langkah 13
Setelah upload completed, klik dalam kotak di sebelah nama Folder kita dan klik butang Share.



Langkah 14
Apabila paparan seperti di bawah keluar, klik pada Advanced.



Langkah 15
Seterusnya, klik Change.



Langkah 16
Klik dalam radio button On – Public on the web. Kemudian, klik Save.



Langkah 17
Anda akan nampak URL yang dihighlight seperti dalam paparan di bawah. Klik butang kanan mouse anda dan pilih Copy. Anda juga boleh menekan butang ctrl dan C.



Langkah 18
Buka Notepad atau Word dokumen baharu, dan pastekan URL tadi. Kita perlukan bahagian di antara id= dan &usp=sharing. Highlightkan bahagian tersebut, klik kanan dan Copy.



Langkah 19
Buka browser (Chrome, Firefox dsb) dan taipkan http://googledrive.com/host/



Langkah 20
Selepas http://googledrive.com/host/ pastekan URL yang anda copy di word tadi. Kemudian sambung dengan /namafail.htm. Dalam contoh yang kita buat, nama fail kita adalah 1.htm.



Sekarang, soalan anda telah berjaya dihostkan secara online melalui Google Drive.



Tambahan :
Untuk menggunakan soalan ini di dalam site Frog VLE, teruskan dengan langkah di bawah.

Langkah 21
Drag and drop widget Embed Website ke dalam site.



Langkah 22
Copy URL penuh yang anda taipkan pada Langkah 20 tadi.



Langkah 23
Pastekan URL tersebut seperti dalam paparan. Klik Save Changes kemudian klik X.


TAHNIAH! ANDA TELAH BERJAYA MEMASUKKAN SOALAN ONLINE YANG DIBINA MENGGUNAKAN HOT POTATOES KE DALAM SITE FROG VLE.




Untuk cuba menjawab soalan tersebut secara LIVE, sila klik link di bawah
http://googledrive.com/host/0B_2YLuUMWGuLWk1JenBTRmRkOTA/1.htm


4 ulasan :

  1. salam cikgu Idris.. saya ingin bertanya, boleh ke kita set time utk soalan quiz yg kita create guna google docs? contoh 40 soalan pelajar perlu jawab dlm masa 1 jam. selepas 1 jam automatik dh x boleh jawab dan kena submit. jika boleh, boleh ajar saya caranya? terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf. Setahu saya kalau guna google docs tak boleh nak setkan masa.

      Padam
    2. cikgu, guna apa ye boleh setkan masa?

      Padam
    3. Cuba baca entri terkini saya Frog VLE | Letakkan Timer/Stopwatch Untuk Kuiz di Site

      Padam

Pengikut