Frog VLE | Cara bina worksheet menggunakan Microsoft Word

Dalam Frog VLE, walaupun di sana terdapat beberapa widget (contoh Quiz, Form dan Text Activity) untuk kita gunakan bagi membina soalan untuk murid menjawab, kadang-kadang kita perlukan layout yang lebih mesra dengan kebolehan murid-murid kita. Kita juga perlukan layout yang memudahkan kita untuk menyemak/menanda hasil kerja murid.  Jadi, tutorial ini akan menunjukkan cara bagaimana untuk membina worksheet menggunakan Microsoft Word untuk diaplikasikan dalam site Frog VLE.

Langkah 1

Taipkan soalan-soalan anda menggunakan Microsoft Word. Namun, untuk mengelakkan masalah bila murid menjawab nanti (terutamanya untuk murid kurang dan separa mahir ICT), soalan yang kita taipkan tadi kita buat dalam bentuk Table seperti paparan di bawah.



 Langkah 2

Sekarang kita akan menghilangkan garisan tepi Table yang kita buat tadi. Klik pada kotak seperti paparan di bawah. Anda akan dapati Table tersebut akan dihighlightkan.


Langkah 3

Seterusnya, klik pada anak panah ke bawah pada (1) dan pilih (2) No border. Anda akan dapat garisan tepi Table tadi telah hilang.


Langkah 4

Kemudian, kita akan sediakan kotak untuk murid menaip di dalamnya. Klik pada kotak yang telah hilang garisan tepinya tadi. Seperti paparan di bawah, kita mahukan murid menaip Hari untuk item Day.  



Langkah 5

(1)    Klik di sini.  
(2) Pilih Outside Borders
(3) Anda akan dapat kotak di sebelah Day telah muncul. Jadi, murid hanya perlu klik di dalam kotak ini dan menaip di situ.



Langkah 6

Ulang semula Langkah 2 hingga 5 untuk menjadikan worksheet kita lebih mesra pengguna seperti paparan di bawah.



* Dalam tutorial seterusnya, kita akan memasukkan worksheet ini ke dalam site Frog VLE dan melihat bagaimana cara penggunaannya. Klik DI SINI untuk baca sambungan tutorial.

0 comments :

Catat Ulasan

Pengikut