Setelah kita membina worksheet
dalam tutorial yang lepas (Klik disini untuk buka tutorial lepas), kita perlu memuatnaik worksheet tersebut ke dalam
Google Drive untuk digunakan dalam site Frog VLE. Tutorial ini akan membimbing
anda untuk tujuan tersebut.
Langkah 1
Log masuk ke dalam akaun YES anda. Masukkan Yes ID
dan Password anda. Klik Login.
Langkah 2
Klik pada ikon Quick Launch seperti gambar dibawah.
![]() |
|
Langkah 3
Anda akan dapat lihat pautan untuk mengakses Google Drive. Klik
pada pautan tersebut untuk mengakses Google Drive anda.
Langkah 4
Sekarang anda berada dalam Google Drive. Untuk pengurusan
fail yang tersusun, anda boleh bina Folder mengikut tajuk tertentu dengan cara
klik pada butang CREATE. Setelah mempunyai Folder, kita akan muatnaik
worksheet tadi ke dalam Folder yang berkaitan. Jadi, klik pada My Drive,
kemudian klik pada nama Folder English.
Langkah 5
Klik pada anak panah ke atas di sebelah CREATE, dan
pilih Files.
Langkah 6
Cari lokasi worksheet kita dalam computer, setelah itu pilih
dan klik Open.
Langkah 7
Klik pada butang Start Upload.
Apabila paparan seperti di bawah muncul, itu bermakna anda
telah berjaya memuatnaik worksheet anda. Anda akan dapat lihat ianya telah
disenaraikan dalam Drive anda.
![]() Untuk baca sambungan tutorial ini, sila KLIK DI SINI. |
|
0 comments :
Catat Komen