Frog VLE | Idea Bagaimana Menggunakan Worksheet di Google Drive dalam P&P

Dalam tutorial yang lalu, (klik di sini untuk buka) kita telah membuat pautan dari site Frog VLE ke worksheet di dalam Google Drive. Sekarang, kita akan lihat bagaimana untuk menggunakan worksheet tersebut di dalam proses P&P.

Langkah 1

Murid akan log in Frog dan membuka site yang kita telah bina. Kemudian, mereka akan klik pada pautan Exercise yang kita letakkan.



Langkah 2

Anak panah di bawah menunjukkan 2 orang anak murid telah membuka worksheet tersebut. Bilangannya akan bertambah sebaik semua murid membukanya.



Di sini kita punyai 2 pilihan iaitu :

(1)    Pilihan 1 – meminta murid menjawab worksheet tersebut secara individu dan kemudian guru boleh menyemak jawapan setiap murid. Bagaimanapun, murid perlu membuat beberapa langkah sebelum boleh menjawab secara individu. Ini kerana, worksheet yang terpapar sekarang adalah yang dikongsi. ( Sila rujuk langkah 3 di bawah )
 
(2)    Pilihan 2 – menggunakan worksheet tersebut untuk aktiviti perbincangan terus di mana guru boleh meminta beberapa orang murid menaip jawapan mereka dan kemudian jika ada kesalahan, guru boleh meminta murid lain membetulkan jawapan rakan mereka. Aktiviti ini amat menarik minat murid kerana apa yang ditaip rakan mereka akan dipaparkan terus dalam computer mereka. Pilihan 2 ini mungkin boleh dijalankan setelah murid selesai menjawab secara individu dalam Pilihan 1.

Langkah 3

Untuk menjawab secara individu, murid perlu membuat salinan worksheet atas nama mereka. Caranya ialah klik File dan kemudian klik Make a copy.




Langkah 4

Minta murid menaip nama mereka sebagai file name. Kemudian, tick dalam kotak Share it with the same person. Ini bagi memastikan worksheet ini kembali kepada kita untuk disemak. Klik OK.



Langkah 5

Murid boleh mula menjawab soalan di dalam worksheet tersebut. Setelah selesai menjawab, mereka hanya perlu tutup sahaja tab berkenaan kerana pada awal tadi, ianya telah disetkan secara otomatik disharekan kepada guru yang membina worksheet tersebut.






Langkah 6

Untuk guru menyemak hasil kerja murid, guru hanya perlu buka Google Drive dan lihat di bahagian Shared with Me. Worksheet murid tadi aka nada di sana.


1 ulasan :

Pengikut