Frog VLE | Masukkan worksheet di Google Drive ke dalam Site Frog VLE

Dalam tutorial yang lalu (Klik di sini untuk buka), kita telah memuatnaik (upload) worksheet ke dalam Google Drive. Sekarang, kita akan lihat bagaimana untuk menggunakan worksheet tersebut di dalam site Frog VLE yang telah kita bina.

Langkah 1

Log masuk ke dalam Google Drive anda dan klik pada nama worksheet yang telah anda muatnaik.



Langkah 2

Satu tab baru akan dibuka dan worksheet kita terpapar melalui aplikasi Google Document . Seterusnya, klik butang Share seperti dalam paparan di bawah.



Langkah 3

Apabila paparan seperti di bawah keluar, klik pada Advanced.

Langkah 4

Seterusnya, klik Change.






Langkah 5
(1)    Klik pada radio button On – Anyone at Yes with the link.
(2)    Pada bahagian Access, klik anak panah dan pilih Can edit.
Klik butang Save.





Langkah 6

Pada kotak Link to share, kita akan nampak url yang dihighlight. Klik kanan pada url tersebut dan pilih Copy. Kemudian, klik Done.



Langkah 7

Sekarang, kita buka site yang kita bina. Kemudian, drag and drop widget External Link ke dalam site.





Langkah 8

(1)    Klik pada icon External Link.
(2)    Masukkan tajuk latihan.
(3)    Klik kanan dan paste url worksheet yang kita copy tadi.
Seterusnya Klik Save Changes dan klik X.


Sekarang, kita telah berjaya memasukkan worksheet tadi ke dalam site kita. Setelah kita sharekan site kita kepada murid, murid akan dapat mengakses worksheet tadi dengan hanya klik link yang telah kita sediakan ini.


Untuk baca sambungan tutorial ini, sila KLIK DI SINI.

0 comments :

Catat Ulasan

Pengikut