Chromebook | Bagaimana untuk delete

Bagi sekolah yang mendapat bekalan chromebook, anda mungkin perasan yang chromebook tidak mempunyai butang delete, ia hanya mempunyai butang backspace. Dalam silibus DST Tahun 1, ada dinyatakan murid perlu mengetahui perbezaan di antara butang delete dan backspace. Jadi bagaimana untuk mengatasi keadaan ini?

Walaupun chromebook tiada butang delete, kita boleh gunakan kombinasi butang Alt + backspace untuk fungsi delete. Jadi, boleh jelaskan kepada murid bagaimana butang delete berfungsi.

 
Satu penambahan yang menarik juga, chromebook juga membolehkan kita memadam satu perkataan sekaligus berbanding memadam huruf demi huruf. Caranya, tekan burang Ctrl + Alt + backspace.

0 comments :

Catat Ulasan

Pengikut