Frog VLE | Widget SCORM Untuk Bahan e learning Yang Interaktif

Dalam kita membina site Frog, kita perlukan material yang mampu menarik minat pelajar. Selain gambar, video mahupun audio yang kita boleh masukkan menggunakan widget Media, kita juga ada satu pilihan lain yang menggabungkan ciri-ciri multimedia tersebut selain bersifat interaktif melalui widget SCORM.

SCORM (Sharable Content Object Reference Model) secara umumnya adalah bahan interaktif e-learning yang telah sedia ada di internet. Widget SCORM membolehkan kandungan SCORM dipaparkan dalam laman. Widget SCORM mengandungi fungsi carian modul interaktif supaya anda boleh mencari dan menggunakan kandungan SCORM percuma yang dibekalkan oleh KPM.

Bagaimana untuk meletakkan bahan SCORM ke dalam site?

Langkah 1
Seret widget Scorm ke ruang layout yang kita sediakan



Langkah 2

(A) Klik ikon Scorm untuk mencari bahan fail yang hendak dimuatnaik sebagai bahan pengajaran atau tugasan yang ada dalam modul KPM.
(B) Paparan ruang carian akan dipaparkan di sebelah kiri dan taipkan bahan modul yang hendak dicari seterusnya klik butang carian , contoh Interrogative Pronouns
(C)senarai tajuk yang berkaitan akan disenaraikan dibawah.



Langkah 3

(1) Klik tajuk yang ingin digunakan, tajuk akan dipaparkan (2) dan klik butang Save dan klik X (3).



Langkah 4
Apabila pengguna klik ikon scorm tadi, satu tab baharu akan dibuka dan kandungan SCORM akan dimainkan.



TAHNIAH! ANDA TELAH BERJAYA. 

5 ulasan :

  1. Maaf ingin bertanya. Kenapa bila saya click tajuk tu, tapi dia tak keluar seperti Langkah 3 no 2 ? :(

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Okay sudah boleh ! hehe . mungkin internet sy kurang laju, lambat loading . Lepas Save Changes, tutup sidebar Edit, preview site, baru Scorm nya keluar :)

      Padam
  3. Cikgu, bagaimanakah kita boleh melihat list semua ebahan untuk satu subjek?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau melalui frog --> widget ebahan rasanya tiada cara TETAPI boleh tengok melalui web http://spp.moe.edu.my/

      Padam

Pengikut