MS Word | Save Word Document sebagai gambar (jpeg, png dsb)

Perkembangan aplikasi Whatsapp memudahkan kita untuk berkongsi fail dengan orang lain. Namun begitu, perkongsian melalui whatsapp hanya terhad kepada photos dan videos berbanding melalui Telegram di mana kita boleh berkongsi juga fail jenis doc. Namun begitu, masih ramai yang suka menggunakan aplikasi whatsapp berbanding Telegram. Sebabya mungkin melalui Whatsapp, kita boleh menyemak siapakah yang telah membaca mesej yang kita hantar terutamanya dalam group. Ini penting bagi memastikan kita maklum samada semua ahli group telah membaca mesej kita.

 Dalam tutorial kali ini, saya ingin berkongsi cara-cara untuk menyimpan atau menukar format dokumen Microsoft Word kepada format gambar seperti jpeg, png, bmp dan sebagainya. Saya selalu berkongsi pamphlet aktiviti sekolah yang saya buat menggunakan Microsoft Word melalui Telegram. Namun begitu, ada ahli group yang kurang mahir memuatturun fail berformat doc, jadi sebagai alternatifnya saya save pamphet tersebut dalam format gambar .jpeg dan kongsikannya dalam group Whatsapp.

Sebelum kita teruskan, anda perlu download satu add-in untuk Microsoft Word iaitu Kutools dari link ini http://www.extendoffice.com/downloads/WordKutools.exe. Setelah itu, sila install mengikut arahan yang diberikan.

Setelah selesai installasi, buka fail Word yang anda ingin simpan sebagai gambar. Contohnya


Anda akan dapati ada DUA menu baharu iaitu Kutools dan Enterprise (rujuk gambar di atas). Ini menandakan anda telah berjaya install add-in Kutools tadi dengan jayanya.

Seterusnya, untuk simpan dokumen kita sebagai gambar


(1) Klik menu ENTERPRISE
(2) Klik Export/Import
(3) Klik Export doc as images

Paparan seperti di bawah akan keluar.


(1) Anda hanya perlu pilih Path dengan cara klik ...
(2)Kemudian, pilih jenis image samada bmp, jpg, gif dan lain-lain
(3) Pilih Image Size

* Anda boleh untick kotak Create Index.html

Akhir sekali, klik Export. Selamat Berjaya!

3 ulasan :

  1. Assalamualaikum cikgu.. tenkiu byk2.. :)
    Sngt membantu sy :)

    BalasPadam
  2. Sama-sama :-) Gembira dapat berkongsi.

    BalasPadam

Pengikut