Frog VLE | Bina website peribadi

Setelah melalui proses update pada bulan Jun 2015, kini Frog VLE membenarkan penggunanya berkongsi site yang dibina ke seluruh dunia berbanding sebelum ini. Dahulu, kita (pengguna Frog VLE) faham bahawa site yang kita bina hanya dapat kita kongsikan dengan warga sekolah kita sahaja. Ini mendatangkan masalah kepada guru-guru yang berpindah sekolah.

Seorang rakan saya sendiri mengalami sendiri kesulitan tersebut apabila beliau pindah ke sekolah baharu dan terpaksa meninggalkan semua site pembelajaran yang telah dibina di sekolah lama. Senang kata, beliau terpaksa bermula dari 0 di sekolah baharu untuk membina semula site.

Kini, dengan feature terbaharu Share ---> Public on the web, mungkin masalah tersebut dapat diatasi. Site yang telah dishare kepada public on the web akan boleh dilayari oleh sesiapa sahaja walaupun bukan pengguna Frog VLE. Ianya akan menjadi seperti websites biasa yang sering kita layari di world wide web.

Jadi, dengan itu, kita boleh mengambil peluang untuk menerbitkan site kita ke world wide web sebagai website peribadi kita. Walaupun ada platform blogspot, wordpress dan sebagainya, sebagai pengguna yang telah ada basic membina site, baik kita gunakan Frog VLE sahaja sebagai platform kita.

Jom saya tunjukkan langkahnya.

Langkah 1

Bina site seperti biasa. Gunakan widget yang ada seperti yang anda pelajari semasa kursus Frog. Masukkan juga image, video supaya lebih menarik.


Setelah selesai membina site, klik pada Share seperti gambar di atas.


 Langkah 2

Klik butang Share

Langkah 3

Masukkan tags dan keywords (perkataan berkaitan yang menggambarkan site kita). Setelah itu, klik Next.


Langkah 4

Pada paparan seperti di bawah, klik Change.


Langkah 5

Klik Public on the web.


Langkah 6

Sekarang, kebenaran acces sudah bertukar kepada Public on the web. Seterusnya, jom kita edit URL (alamat) website peribadi kita. Klik Edit.


Langkah 7

Taipkan nama yang bersesuaian. Pastikan anda tidak jarakkan antara perkataan. Seeloknya tidak perlu panjang sangat. Setelah itu, klik Done.


Langkah 8

Sekarang, URL (alamat) laman web kita telah bertukar. Alamat inilah yang kita akan gunakan untuk melayari website peribadi kita kelak. Boleh juga kongsikan alamat ini dengan rakan-rakan melalui Facebook, whatsapp dan lain-lain.


Untuk layari website peribadi kita, buka browser (Google Chrome, Internet Explorer dsb) dan taipkan alamat website kita tadi pada kotak url dan tekan enter. 

Tadaaa....TAHNIAH! Anda telah mempunyai website peribadi kini.


Frog VLE | Apa yang boleh dibuat pada Timeline anda?

Sepertimana yang dinyatakan dalam entri Frog VLE | Feature terkini Jun 2015 | Timeline, kini pengguna Frog VLE mempunyai Timeline sendiri. Mungkin anda masih tertanya-tanya, apakah fungsi Timeline dan bagaimana ianya boleh kita gunakan.

Fungsi Timeline adalah untuk memaparkan semua aktiviti yang kita buat dalam Frog atau aktiviti berkaitan kita (disebabkan ada orang berkongsi fail atau site dengan kita).  Contohnya, jika kita membina satu site, Timeline kita akan memaparkan notis You created a site a day ago dan nama site kita akan turut dipaparkan dalam bentuk clickable link. 



Contoh lain seperti rakan kita berkongsi site dengan kita, maklumat tersebut akan turut dipaparkan dalam timeline.

Sekarang apa yang kita boleh buat pada timeline kita selain aktiviti-aktiviti yang disebutkan di atas yang terpapar secara otomatik?

1. Upload Fail

Kita boleh memuatnaik (upload) fail melalui timeline kita. Caranya, klik butang Upload.


Kemudian klik Choose File, cari fail yang kita ingin upload dan klik butang Done.

Saya telah mencuba upload fail word .doc , excel .xls, powerpoint .ppt dan gambar .jpg dan semuanya berjaya diupload. 

Fail-fail yang kita upload tadi akan disimpan di dalam Frogdrive kita. (Jangan keliru istilah Frogdrive dengan Google Drive ya).


2. Share Fail dengan user lain

Fail yang kita upload melalui timeline tadi kita boleh juga kongsikan (share) dengan user lain. Caranya seperti di bawah.  


Selepas klik Send Copy to..paparan di bawah akan keluar


Taipkan nama user, seterusnya klik Send. Kita juga boleh hantar kepada group dan site.

3. Lihat timeline user lain

Untuk lihat timeline user, klik pada butang Search for user. Diingatkan, hanya admin dan staff user/guru sahaja yang mempunyai kemudahan untuk lihat timeline user lain ini. Murid tidak boleh melihat timeline user lain. Admin dan guru pula hanya dapat melihat timeline murid dan ibu bapa sahaja.


Selepas paparan ini keluar...


Taipkan nama student atau parent user dan klik ok.

Sebagai guru, kita boleh manage komen yang terdapat pada timeline murid kita. Kita boleh edit, padam atau show to others.


Sekian untuk kali ini. Saya pun masih explore features terkini pada Frog VLE ini. Semoga apa yang dikongsi dapat dimanfaatkan oleh anda. 

Frog VLE | Feature terkini Jun 2015 | Timeline

Jika anda mempunyai akaun di Frog VLE anda kini mempunyai akses kepada Timeline pengguna. Timeline  anda mengandungi senarai peristiwa-peristiwa yang telah berlaku pada VLE Frog yang berkaitan dengan anda .

Perkara yang akan disenaraikan pada Timeline pengguna termasuk :

  • Fail yang dimuat naik ke Timeline  oleh anda.
  • Fail yang dihantar kepada anda oleh pengguna lain.
  • Tugasan (Assignment) yang dihantar kepada anda .
  • Site yang dikongsikan kepada anda oleh pengguna lain.
  • Pemberitahuan (Notification)  yang dihantar kepada anda.
  • Acara kalendar (Event Calendar) anda telah dijemput untuk sertai .


Kini, Ibu bapa juga boleh melihat dan memberi komen mengenai aktiviti yang muncul pada Timeline  anak-anak mereka .


Anda boleh upload imej, video , fail audio dan fail lain  ke Timeline  anda. 

Apabila sesuatu fail diupload ke Timeline  anda, ia disimpan dalam FrogDrive anda, termasuk yang dihantar kepada anda oleh pengguna lain. Jika anda memuat naik fail untuk FrogDrive anda, ia juga akan dipaparkan dalam Timeline  anda.

Sila baca sambungan entri tentang Timeline dengan klik pautan berikut


MS Powerpoint | Tukar background gambar dengan Powerpoint

Selama ini ramai dalam kalangan kita yang fikir betapa susahnya untuk edit gambar apatah lagi mendengar nama-nama  editing software seperti photoshop dan sebagainya. Tahukah kita bahawa kita boleh menyunting gambar menggunakan Microsoft Powerpoint? 

Saya ingin berkongsi bagaimana untuk menukar latar belakang gambar menggunakan Powerpoint 2013. Saya akan tunjukkan bagaimana untuk membuang dahulu latar belakang (background) gambar dan kemudian meletakkan gambar lain bagi latar belakangnya.

Langkah 1

Buka MS Powerpoint 2013, kemudian insert gambar ke dalam slide melalui menu Insert ---> Pictures. Setelah itu, pastikan anda berada pada Tab FORMAT. Klik Remove Background.


Langkah 2

Gambar anda akan kelihatan seperti di bawah. Secara otomatik, Powerpoint akan cuba menentukan subjek dalam gambar anda dan menganggap bahagian lain sebagai background dan diwarnakan dengan warna purple. Kadang-kadang anda akan dapati beberapa bahagian gambar anda yang tidak diwarnakan purple. Anda boleh tandakan bahagian mana yang anda ingin kekalkan ataupun buang dengan option Mark Areas To Keep dan Mark Areas to Remove pada menu. Gunakan pencil tool untuk menandakan bahagian yang anda ingin kekalkan ataupun buang.


Langkah 3

Setelah berpuashati, sila klik pada option Keep Changes. Sebelum itu, anda boleh perhatikan preview gambar anda tanpa background pada bahagian Thumbnails di sebelah kiri.


 Langkah 4

Di bawah adalah hasilnya setelah anda klik Keep Changes tadi. Background gambar telah dibuang.


  Langkah 5

Sekarang, jom kita masukkan gambar baharu untuk dijadikan background dengan cara insert gambar ke dalam slide melalui menu Insert ---> Pictures.


 Langkah 6

Di bawah adalah gambar yang saya ingin jadikan background. Gambar ini bertindan di atas gambar pertama yang telah dibuang background tadi. Jadi, letakkan kursor di atas gambar, klik butang kanan mouse. Apabila menu seperti di bawah keluar, pilih Send To Back. 



 Langkah 7

Sekarang, adjust saiz gambar supaya bersesuaian antara keduanya dengan cara letakkan kursor pada penjuru gambar dan drag untuk besarkan atau kecilkan.

Setelah itu, tekan butang Ctrl A untuk select kedua-dua gambar. Anda akan dapat perhatikan terdapat garisan pada kedua-dua gambar.



 Langkah 8

Klik butang kanan pada mouse dan sekarang pilih Save as Picture.


Langkah 9

Pilih destinasi dan juga jenis image samada .gif, .png, .jpg dan sebagainya. Format yang biasa adalah .jpg


Di bawah adalah hasil editing gambar yang kini mempunyai background yang baharu.


Selamat Mencuba!

Pengikut