Frog VLE | Bina website peribadi

Setelah melalui proses update pada bulan Jun 2015, kini Frog VLE membenarkan penggunanya berkongsi site yang dibina ke seluruh dunia berbanding sebelum ini. Dahulu, kita (pengguna Frog VLE) faham bahawa site yang kita bina hanya dapat kita kongsikan dengan warga sekolah kita sahaja. Ini mendatangkan masalah kepada guru-guru yang berpindah sekolah.

Seorang rakan saya sendiri mengalami sendiri kesulitan tersebut apabila beliau pindah ke sekolah baharu dan terpaksa meninggalkan semua site pembelajaran yang telah dibina di sekolah lama. Senang kata, beliau terpaksa bermula dari 0 di sekolah baharu untuk membina semula site.

Kini, dengan feature terbaharu Share ---> Public on the web, mungkin masalah tersebut dapat diatasi. Site yang telah dishare kepada public on the web akan boleh dilayari oleh sesiapa sahaja walaupun bukan pengguna Frog VLE. Ianya akan menjadi seperti websites biasa yang sering kita layari di world wide web.

Jadi, dengan itu, kita boleh mengambil peluang untuk menerbitkan site kita ke world wide web sebagai website peribadi kita. Walaupun ada platform blogspot, wordpress dan sebagainya, sebagai pengguna yang telah ada basic membina site, baik kita gunakan Frog VLE sahaja sebagai platform kita.

Jom saya tunjukkan langkahnya.

Langkah 1

Bina site seperti biasa. Gunakan widget yang ada seperti yang anda pelajari semasa kursus Frog. Masukkan juga image, video supaya lebih menarik.


Setelah selesai membina site, klik pada Share seperti gambar di atas.


 Langkah 2

Klik butang Share

Langkah 3

Masukkan tags dan keywords (perkataan berkaitan yang menggambarkan site kita). Setelah itu, klik Next.


Langkah 4

Pada paparan seperti di bawah, klik Change.


Langkah 5

Klik Public on the web.


Langkah 6

Sekarang, kebenaran acces sudah bertukar kepada Public on the web. Seterusnya, jom kita edit URL (alamat) website peribadi kita. Klik Edit.


Langkah 7

Taipkan nama yang bersesuaian. Pastikan anda tidak jarakkan antara perkataan. Seeloknya tidak perlu panjang sangat. Setelah itu, klik Done.


Langkah 8

Sekarang, URL (alamat) laman web kita telah bertukar. Alamat inilah yang kita akan gunakan untuk melayari website peribadi kita kelak. Boleh juga kongsikan alamat ini dengan rakan-rakan melalui Facebook, whatsapp dan lain-lain.


Untuk layari website peribadi kita, buka browser (Google Chrome, Internet Explorer dsb) dan taipkan alamat website kita tadi pada kotak url dan tekan enter. 

Tadaaa....TAHNIAH! Anda telah mempunyai website peribadi kini.


11 ulasan :

  1. assalamualaikum..perkongsian yang menarik..tapi VLE saya xde button share... mcmne nak buatye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau cikgu bina site, mesti ada button share. Kalau cikgu berada di dashboard peribadi memang tiada button share.

      Padam
  2. Anda kena create site. Kalau takde butang share saya rasa anda maksudkan dashboard anda. Untuk create site, klik pada icon frogdrive, ----> site ----> new site

    BalasPadam
  3. Assalamualikum...
    BUKA LINK DARI CHROME OR BROWSER... nanti boleh edit terus ke? icon smile...

    BalasPadam
  4. Wa'alaikumussalam Tuan Miey :)
    Boleh buka dari apa2 internet browser..chrome, firefox. Kalau nak edit, kena log in frog dulu dan edit dari situ.

    BalasPadam
  5. assalamualaikum
    bagaimana nak kongsi tapak site dengan kawan lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wa'alaikumussalam. Jika hendak kongsikan dengan kawan tertentu, rujuk Langkah 4 di atas, taipkan YES id kawan anda dalam kotak Type a name...
      Jika hendak kongsikan kepada semua warga sekolah, pada Langkah 5 di atas, klik public in the school.

      Setelah di share, kawan anda boleh cari site anda dengan menggunakan kotak search ayng ada di bahagian atas.

      Padam
  6. Assalam. Memang takde cara ke nak tarik semula laman yg dibina di sekolah lama setlh berpindah ke sekolah baharu. Banyak dah dibina. Kena buat baharu ke. Aduh, sakitnya tuh di sini!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kite...menyusahkan betul nak kena buat balik semua

      Padam
  7. assalamualaikum tuan..terima kasih atas perkongsian itu..saya dah berjaya ikut langkah2 tersebut tapi masalah nya untuk pengguna lain aksess widget e-bahan mereka perlu log in ke dalam vle frog masing2...ada tak kaedah supaya tak perlu log in...tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. wa'alaikumussalam...tahniah kerana telah berjaya. Mengenai soalan tuan, setakat yang saya tahu memang perlu log in untuk akses e-bahan.

      Padam

Pengikut