MS Powerpoint | Tukar background gambar dengan Powerpoint

Selama ini ramai dalam kalangan kita yang fikir betapa susahnya untuk edit gambar apatah lagi mendengar nama-nama  editing software seperti photoshop dan sebagainya. Tahukah kita bahawa kita boleh menyunting gambar menggunakan Microsoft Powerpoint? 

Saya ingin berkongsi bagaimana untuk menukar latar belakang gambar menggunakan Powerpoint 2013. Saya akan tunjukkan bagaimana untuk membuang dahulu latar belakang (background) gambar dan kemudian meletakkan gambar lain bagi latar belakangnya.

Langkah 1

Buka MS Powerpoint 2013, kemudian insert gambar ke dalam slide melalui menu Insert ---> Pictures. Setelah itu, pastikan anda berada pada Tab FORMAT. Klik Remove Background.


Langkah 2

Gambar anda akan kelihatan seperti di bawah. Secara otomatik, Powerpoint akan cuba menentukan subjek dalam gambar anda dan menganggap bahagian lain sebagai background dan diwarnakan dengan warna purple. Kadang-kadang anda akan dapati beberapa bahagian gambar anda yang tidak diwarnakan purple. Anda boleh tandakan bahagian mana yang anda ingin kekalkan ataupun buang dengan option Mark Areas To Keep dan Mark Areas to Remove pada menu. Gunakan pencil tool untuk menandakan bahagian yang anda ingin kekalkan ataupun buang.


Langkah 3

Setelah berpuashati, sila klik pada option Keep Changes. Sebelum itu, anda boleh perhatikan preview gambar anda tanpa background pada bahagian Thumbnails di sebelah kiri.


 Langkah 4

Di bawah adalah hasilnya setelah anda klik Keep Changes tadi. Background gambar telah dibuang.


  Langkah 5

Sekarang, jom kita masukkan gambar baharu untuk dijadikan background dengan cara insert gambar ke dalam slide melalui menu Insert ---> Pictures.


 Langkah 6

Di bawah adalah gambar yang saya ingin jadikan background. Gambar ini bertindan di atas gambar pertama yang telah dibuang background tadi. Jadi, letakkan kursor di atas gambar, klik butang kanan mouse. Apabila menu seperti di bawah keluar, pilih Send To Back. 



 Langkah 7

Sekarang, adjust saiz gambar supaya bersesuaian antara keduanya dengan cara letakkan kursor pada penjuru gambar dan drag untuk besarkan atau kecilkan.

Setelah itu, tekan butang Ctrl A untuk select kedua-dua gambar. Anda akan dapat perhatikan terdapat garisan pada kedua-dua gambar.



 Langkah 8

Klik butang kanan pada mouse dan sekarang pilih Save as Picture.


Langkah 9

Pilih destinasi dan juga jenis image samada .gif, .png, .jpg dan sebagainya. Format yang biasa adalah .jpg


Di bawah adalah hasil editing gambar yang kini mempunyai background yang baharu.


Selamat Mencuba!

7 ulasan :

  1. Tk.cikgu..nak.cubalah.tapi.mesti.guna aplikasi ppwer point.2013 eaa.

    BalasPadam
  2. Terima kasih cikgu, info yang sangat berguna!

    BalasPadam
  3. NICE. trima kasih atas ilmu yang dikongsikan. sangat bermanfaat

    BalasPadam

Pengikut