Chromebook | Boleh membaca?

Pada waktu chromebook mula digunakan di sekolah, macam-macam yang perlu diexplore. Almaklumlah benda baharu. Kalau kita tak tahu, bagaimana nak mengajar murid dan cikgu-cikgu lain. Memang ada dipanggil berkursus tapi biasalah bila kursus ni, on the surface je yang di ajar, selebihnya pandai-pandai la kita sendiri untuk explore.

Kebetulan, selepas dua bulan menggunakan chromebook bersama murid di sekolah dan pada satu hari ni, bila murid nak log in Frog VLE, semua huruf yang ditaip disebut (ada suara) oleh chromebook. Lepas tu, ada pulak garisan border di sekeliling kawasan yang murid ni klik. Dah jadi satu hal pulak bila kawan-kawannya tahu. Apa lagi, semuanya kerumun la. Masa tu, tak tahu camana nak hilangkan suara tu. Last option, mutekan je chromebook tu.

Setelah diexplore, baru tahu yang tu dipanggil ChromeVox. Ia adalah screen reader khusus untuk pengguna yang ada masalah penglihatan. Nak tahu lebih lanjut, boleh klik kat sini.

Cara untuk enable atau disablekan chromeVox ni ialah dengan tekan butang Ctrl + Alt + Z pada keyboard.

Jom tengok bagaimana ia berfungsi.



Setelah enablekan, kita boleh klik kat mana-mana bahagian website yang kita tengah buka dan chromebook akan membacanya untuk kita.

Seronok juga kan? Mungkin ini boleh tarik minat murid-murid kita...

0 comments :

Catat Ulasan

Pengikut