Frog VLE | Aplikasi Mewarna Online | Sumo Paint

Aktiviti untuk Kelab ICT kali ini bertemakan Hari Raya iaitu mewarna kad ucapan Hari Raya. Oleh kerana sekolah hanya ada bekalan chromebook, maka saya terpaksa explore dahulu app yang bersesuaian yang boleh digunakan dari Chrome Store. Cari punya cari dan cuba punya cuba, akhirnya terjumpa satu aplikasi yang menyerupai Photoshop iaitu Sumo Paint. 

Dalam chrome store, Sumo Paint ni dikategorikan sebagai extension dan bukannya app. Apabila saya add extension, tak tahu pulak bagaimana untuk buka kerana selepas di added to chrome, tak muncul icon untuk diklik. Saya pun baru nak explore, google punya google masih tak dapat jawapan bagaimana nak gunakan extension yang kita telah add ke chrome browser kita. Kot2 kalau anda ada jawapannya, bolehlah berkongsi dalam ruangan komen di bawah ya.

Apapun, setelah tak berjaya membuka sumo paint melalui extension tadi, saya cuba buka website dia. Rupanya boleh je kita gunakan direct dari website dia. Jom saya kongsikan apa yang saya buat dari A to Z.

Mula2, saya search gambar yang sesuai untuk diwarnakan melalui Google Image search. Setelah dapat, saya save dahulu ke dalam harddisk laptop.

Setelah itu, saya log in Frog dan upload gambar tadi ke dalam Timeline saya. Untuk yang masih keliru, sila baca entri terdahulu tentang Timeline di sini.

Kemudian, saya send copy gambar tadi kepada group Kelab ICT. Untuk makluman, pentadbir Frog sekolah boleh wujudkan group melalui akaun admin. baca juga cara untuk send copy di sini.

Apabila murid log in Frog, mereka akan nampak gambar tadi telah berada di Timeline mereka. Apa yang perlu dibuat adalah klik pada gambar dan akan muncul butang untuk download seperti gambar di bawah.


Murid akan download gambar ke dalam folder download di chromebook. Setelah itu, saya minta mereka buka tab baharu di browser dan taipkan URL website sumo Paint iaitu www.sumopaint.com
Apabila website telah loaded, klik pada butang Try Online seperti di bawah.


Proses loading mungkin akan memakan sedikit masa bergantung kepada kelajuan internet. 


Apabila selesai loaded, saya minta murid buka fail gambar yang mereka telah download tadi melalui menu File -----> Open from my computer.


Murid akan mewarna menggunakan satu tool sahaja iaitu Paint Bucket tool. Ini adalah kerana mereka masih belum mahir dan tool tersebut amat mudah digunakan. Hanya pilih warna yang sesuai dan klik pada ruang kosong dalam gambar. Pada pendapat awal saya, Sumo Paint ini agak menarik untuk digunakan terutamanya untuk membuat corak simetri. 


Apabila mereka selesai mewarna, mereka akan save hasil kerja mereka melalui menu File ----> Save to my computer.


Kemudian, mereka akan upload hasil kerja mereka ke dalam Timeline untuk menyimpannya di dalam frog drive mereka.





3 ulasan :

  1. salam cikgu Idris....berapa lama murid ambil masa untuk mewarnan benda ni? kalau x cukup masa....boleh disimpan sementara ke x?

    BalasPadam
  2. Wsalam Mohd Afiq..bergantung pada kemahiran ICT murid. Bagi ahli Kelab ICT, mereka mewarna dalam masa 10 hingga 15 minit sahaja. Boleh save dahulu dalam Google Drive jika tidak siap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo...saya pun baru nak cuba di kelas saya. Menarik jugak. Terima kasih

      Padam

Pengikut