Frog VLE | Hasilkan poster dengan Google Drawing

Post ini saya tag dengan Frog VLE walaupun tiada penggunaan site Frog pun. Saya hanya mengintegrasikan Google Drawing untuk P&P kali ini. Namun begitu, murid akses ke Google Drive mereka melalui Quick Launch di dashboard Frog mereka. Maknanya, penggunaan Frog tetap dikira dalam analytics.

Sebab tu saya kira ini sebagai salah satu idea bagaimana kita sebagai guru boleh menjalankan P&P dengan Frog VLE. Apa yang saya buat untuk P&P ini :

Sebelum P&P :
Search image bersesuaian untuk digunakan dari Google Images. Setelah itu saya upload images tersebut ke dalam  Google Drive saya dan saya sharekan kepada murid-murid kelas Tahun 5.

Kenapa perlu step ini? Ikut pengalaman, bila on the spot masa P&P baru nak cari image, macam2 masalah akan timbul baik dari segi image yg tak sesuai mahupun kelajuan talian internet. Perlu diingat juga kita kena berhati2 ajar murid guna search image dalam google. Tersilap sikit gambar lain pulak yang akan keluar.

Semasa P&P :
1. Murid akan log in Frog dan buka Google Drive melalui Quick Launch.
2. Murid create drawing baharu dan rename kepada nama mereka.
3. Saya akan guide murid bagaimana untuk insert image dan text.
4. Murid hasilkan poster mengikut text yang diberi.
5. Setelah selesai, saya minta murid hantar hasil kerja mereka melalui emel.
Caranya, minta murid klik File ---->email as attachment ---> masukkan emel address saya dan klim send.

0 comments :

Catat Ulasan

Pengikut