Jom Menganyam Ketupat

Insya Allah, dua hari lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri. Bila nak raya macam-macam persiapan dibuat untuk menyambutnya. Salah satu daripadanya ialah menganyam ketupat.

Teringat zaman kanak-kanak dahulu masa berumur 8 tahun dah mula berminat tengok mak dan atuk menganyam ketupat. Masa tu bukan ketupat biasa je yang dianyam. Mak specialist buat ketupat bentuk ketam. Atuk pulak biasanya buat ketupat bentuk kerbau. Dari umur tulah belajar cara menganyam tapi dari tahun ke tahun tak jugak pandai pandai.

Akhirnya masa umur 15 tahun barulah dapat menguasai kemahiran menganyam ketupat. Tu pun yang jenis biasa je. Jadi, sempena mood nak raya ni saya kongsikan video cara menganyam ketupat kot-kot menjadi inspirasi buat anda untuk belajar menganyamnya.




0 comments :

Catat Ulasan

Pengikut