Pertandingan Educational Blogging

Pagi ini di sekolah dapat satu surat edaran bertajuk Pertandingan Blog Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2015 dari PPD. Bila layari laman web yang diberikan, rupa-rupanya pertandingan ni dah berlangsung sejak tahun 2009 lagi secara tahunan. Pertandingan adalah anjuran Pusat ICT, UPSI bertujuan menggalakkan perkembangan blogging di Malaysia dalam konteks pendidikan.

Saya tampalkan sekali poster pertandingannya. (klik umtuk besarkan)

Antara maklumat penting :

SKOP PERTANDINGAN :
~ Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berdasarkan kategori pertandingan
~ Blog yang dipertandingkan perlu mempunyai kandungan berbentuk ilmiah dan berasaskan  pendidikan

KATEGORI PERTANDINGAN :
1. Terbuka
2. Sekolah

TARIKH PERTANDINGAN 
Pendaftaran penyertaan boleh dibuat secara online di sini  mulai 19 Mei 2015

TARIKH TUTUP PENYERTAAN :
30 Sept 2015 | jam 11:59pm

Adakah anda berminat untuk menyertai? Sila klik di sini untuk dapatkan maklumat lamjut.

0 comments :

Catat Ulasan

Pengikut