Zoom A | Cara setkan soalan latihan setara untuk murid

Tutorial ini sebenarnya saya buat khusus untuk guru Tahun 6 sekolah saya namun jika anda seorang guru, dan sekolah anda ada membuat langganan akaun zoom A untuk murid-murid, anda boleh juga merujuk tutorial ini.

Sebagai pengenalan, laman web Zoom A adalah satu laman pembelajaran yang menghimpunkan koleksi soalan-soalan ujian yang boleh digunakan murid-murid sebagai salah satu medium untuk menyiapkan diri menduduki peperiksaan UPSR terutamanya. Laman ini membolehkan murid yang mempunyai akaun memilih sendiri soalan mengikut topik mahupun soalan klon UPSR.

Walaubagaimanapun, guru juga boleh menetapkan soalan yang sama untuk dijawab setiap murid. Ini akan memudahkan untuk sesi perbincangan kelak.

Di sini saya kongsikan bagaimana seorang guru boleh menetapkan set soalan setara/ yang sama untuk dijawab oleh setiap murid.

Langkah 1
Buka browser dan pergi ke laman web zoom A di alamat www.zoom-a.com.
Masukkan USER ID dan PASSWORD anda.
(Untuk guru-guru SKKDIM, sila rujuk senarai user ID dan password yang saya sertakan dalam group Telegram)


Langkah 2
Klik Teruskan.


Langkah 3
Klik Teruskan sekali lagi.


Langkah 4
Klik Zoom A
.

Langkah 5
Klik Teruskan.


Langkah 6
Sekarang, anda boleh pilih soalan yang anda mahukan mengikut subjek, topik/kemahiran dan juga aras. Hanya klik pada checkbox yang terpapar.


Langkah 7
Setelah selesai membuat pilihan, klik butang Confirm.


Langkah 8
Soalan-soalan yang anda pilih mengikut topik dan aras tadi akan dipaparkan. Klik butang Jadikan Ujian.


Langkah 9
1. Letakkan Tajuk Ujian.
2. Anda boleh setkan tarikh mula dan Tamat. Jika tidak mahu, biarkan sahaja tarikh yang terpapar.
3. Klik butang Menerbitkan Ujian.

Tahniah! Anda telah berjaya.
Murid boleh menjawab soalan yang telah anda setkan tadi dengan cara klik pada link Ujian seperti gambar di bawah.

0 comments :

Catat Ulasan

Pengikut