Bagaimana Kembalikan Fail Hilang dalam USB Drive a.k.a. Pen Drive

Sebenarnya pada tahun 2012, saya telah menulis entri berkaitan ini di SINI. Namun, mungkin susunatur penceritaan saya dalam entri tersebut agak berterabur dan mungkin sukar difahami oleh mereka yang bukan tech savvy, jadi saya taip semula di sini dengan harapan cara yang ditunjukkan boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Apa masalahnya?
Anda ingin membuka dokumen anda di dalam USB Drive tetapi anda dapati ianya KOSONG


Mana fail-failku? properties menunjukkan hanya ada fail bersaiz 1.30 KB sahaja.

Bila check di sini, lain pulak ceritanya...


Sepatutnya ada 1.52 GB fail dalam pen drive ni...


Apa perlu dibuat?

Langkah 1

1) Semak direktori pen drive anda. Klik seperti di bawah.
2) Direktori pen drive anda ialah F:

 

Langkah 2

1) Klik Search
2) Taipkan cmd
3) Klik Command Prompt


Langkah 3

Taipkan attrib F:*.* /d /s -h -r -s dan tekan Enter

F di atas mewakili direktori pen drive kita tadi. Kalau direktori pen drive anda ialah G: maka tukarkan sahaja F kepada G


Selepas itu, insya Allah fail-fail anda akan kembali menghiasi ruangan dalam pen drive anda...heheh


0 comments :

Catat Ulasan

Pengikut