Download video di Facebook melalui handphone tanpa apps

Saya ditanya oleh rakan guru bagaimana untuk download video yang ada di Facebook melalui handphone. Terlanjur menunjukkan kepadanya bagaimanakah caranya, baik terus masukkan di blog. Jika ada yang bertanya lagi di masa depan, boleh rujuk terus di sini sahaja.

Pertamanya, terdapat dua cara untuk mengakses Facebook melalui handphone. Satu, melalui aplikasi Facebook yang boleh didapati di playstore. Biasanya, bila kita beli handphone, penjual akan install app Facebook tersebut untuk kita. Cara kedua ialah melalui internet browser seperti yang kita gunakan apabila melayari Facebook menggunakan laptop atau komputer.

Jika kita hendak download video di Facebook melalui handphone, kita perlu menggunakan cara yang KEDUA iaitu melayarinya melalui internet browser. Di antara browser yang popular adalah Chrome. 


Setelah menaip URL laman web www.facebook.com, kita akan dibawa ke log in page di mana kita perlu masukkan alamat emel dan password Facebook kita.


Perhatikan gambar di bawah. Itu adalah contoh video yang dimasukkan ke Facebook yang kita akan download. Perlu dinyatakan bahawa video yang boleh didownload melalui cara ini adalah video yang diupload terus ke Facebook oleh seseorang dan bukannya video dari youtube yang dilinkkan ke Facebook. Untuk download video dari youtube.com, sila baca entri berkaitan di SINI.


Langkah pertama untuk download adalah kita perlu mainkan dahulu video tersebut. Hanya tap pada video dan ia akan dimainkan.


Setelah itu, kita perlu tap sekali lagi pada video cuma kali ini perlu tap lebih lama sehingga keluar seperti gambar di bawah.


Tap sahaja Save video tersebut dan video akan mula dimuat turun ke dalam handphone kita.


Selamat mencuba ya!

4 ulasan :

Pengikut