Frog VLE | Bina Galeri Gambar dengan Photo Stream Widget

Dalam tutorial kali ini,saya ingin berkongsi cara-cara bagaimana membina galeri gambar menggunakan satu widget baharu dalam update pada bulan Jun 2015 iaitu photo stream widget. Sebagai admin Frog VLE sekolah, saya telah meletakkan gambar-gambar aktiviti sekolah di dashboard sekolah sebagai salah satu cara menarik minat warga sekolah untuk melayari laman Frog VLE.

Sebelum ini, saya hanya menggunakan widget media dan memuatnaik gambar melaluinya namun cara tersebut agak memenatkan kerana saya perlu drag and drop widget media dan memuatnaik gambar satu demi satu. Terdapat juga tutorial di internet yang mencadangkan gambar-gambar tersebut diupload ke dalam google drive terlebih dahulu dan kemudian dimasukkan ke dalam site Frog melalui widget embed namun saya memilih untuk memaksimumkan penggunaan storage yang dibekalkan melalui Frogdrive berbanding Google Drive memandangkan platform yang ditekankan penggunaannya oleh KPM untuk VLE adalah Frog. 

Jom kita teruskan dengan tutorial. 

Langkah 1
Sebelum memuatnaik gambar, saya telah created satu site dan saya drag and drop photo stream widget ke dalamnya. Pada Widget setting, anda BOLEH masukkan Tags yang bersesuaian dengan galeri gambar anda. Perlu diingat, jika anda letakkan tag, kelak apabila anda hendak menghantar gambar ke site ini, anda perlu masukkan sekali tag yang sama pada gambar tersebut. Keliru? jangan risau, anda boleh teruskan membaca tutorial ini.  



Langkah 2
Setelah klik Save Changes, apa yang perlu dibuat adalah Share site galeri gambar kita. Saya setkan site ini shared to Public In The School.


Langkah 3
Setelah itu baharulah saya mulakan proses upload gambar. Saya buka FrogDrive, pada Resources, saya buat Folder baharu (Klik New ----> Folder) untuk saya upload gambar2 kemudian barulah saya upload gambar (Klik New ---->File)


Langkah 4
Klik Choose File dan select gambar-gambar berkaitan dari laptop. Di sini, kita boleh upload banyak gambar sekaligus dengan satu klik. (Lebih menjimatkan masa berbanding menggunakan widget media dan upload satu persatu)


Langkah 5
Setelah proses upload selesai, kini tibalah masanya untuk send gambar-gambar tersebut ke dalam site yang kita telah create di awal tadi. Klik pada gambar, kemudian klik icon Gear, dan pilih Send Copy to... 

(Satu kelemahan yang masih ada di sini ialah kita perlu send gambar satu persatu kerana Frog masih tidak membolehkan kita select lebih dari satu gambar pada masa yang sama).


Langkah 6
Sekarang, dalam ruangan Where do you want to send it? taipkan nama site kita dan ianya akan dipaparkan seperti gambar di bawah. Pilih site tersebut dan klik Send.


Perlu diingat, jika di awal tadi kita telah setkan tags pada photo stream widget yang kita drag and drop ke dalam site, pada langkah ini kita perlu masukkan tag yang sama. Jika tidak gambar yang tidak ditag itu tidak akan dipaparkan di dalam site.



Di bawah adalah hasilnya. Gambar yang kita send tadi akan dipaparkan di dalam site dalam bentuk galeri gambar. Selamat mencuba!


Nota Tambahan :

Untuk Langkah 3, 4 dan 5 di atas, anda JUGA BOLEH upload gambar melalui Timeline tanpa masuk ke FrogDrive. Anda boleh baca entri INI untuk upload melalui Timeline. Namun begitu, jika anda upload direct melalui Timeline, gambar-gambar anda dalam FrogDrive akan menjadi tidak tersusun di dalam folder.

1 ulasan :

  1. Perkongsian yang menarik dan bermanfaat untuk admin update dashbord. Mohon share cikgu Idris.

    BalasPadam

Pengikut