Frog VLE | Cara masukkan Powerpoint ke dalam Site | 2015

Pada bulan 10 tahun 2014, saya telah membuat satu tutorial berkenaan perkara ini namun baru-baru ini saya mendapat feedback dari rakan yang mereka tidak berjaya untuk memasukkan slaid powerpoint ke dalam site walaupun telah mengikut secara detail tutorial saya. Setelah disemak, baru saya perasan yang beberapa langkah telah berubah berikutan recent updates pada google drive dan juga Frog.

Jadi, saya buat semula tutorial terkini untuk panduan anda. Harap apa yang dikongsi anda dapat manfaatkan.

Langkah 1
Log masuk Frog VLE anda seperti biasa.



Langkah 2

1. Klik pada icon Quick Launch.
2. Klik Google Drive. Kita perlu muatnaik (upload) slaid Powerpoint kita dahulu ke dalam Google Drive.




Langkah 3

Klik butang NEW dan klik File Upload




Langkah 4

Pilih slaid powerpoint yang anda ingin upload dan klik Open.


Fail powerpoint anda akan diupload ke dalam Drive. Setelah selesai, fail akan terpapar seperti gambar di bawah. TETAPI jika ikon fail anda berbentuk huruf P seperti gambar di bawah, anda perlu ikut langkah seterusnya. Jika tidak, sila terus ke langkah 7.




Langkah 5

Klik pada ikon Gear dan pilih Settings


Langkah 6

Sila klik dalam kotak Convert uploaded files to Google Docs editor format. Setelah itu klik Done.



Upload sekali lagi fail powerpoint anda. 

 Langkah 7


Sekarang, klik pada nama Slaid Powerpoint (ikon kotak) untuk membukanya.



Langkah 8

Sekarang, klik File dan pilih Publish to the web. Rujuk gambar di bawah.




Langkah 9

Pastikan anda klik pada Embed. Setelah itu, klik pada Publish seperti gambar di bawah.



Langkah 10

Setelah itu, akan terpapar seperti di bawah. Sila telan butang ctrl + C untuk copy code tersebut.



Langkah 11

Sekarang, untuk memudahkan, anda boleh paste code tadi ke dalam word dokumen ataupun notepad. Ini kerana anda perlu edit sedikit code tersebut. Jika sudah mahir, anda boleh langkau Langkah ini dan terus ke langkah 14



Langkah 12

Sila edit code dengan memadam sebahagiannya dan tinggalkan seperti di bawah. 



Langkah 13

Highlight dan copy code yang telah anda edit tadi. Lihat di bawah.



Langkah 14

Sekarang, buka site yang anda bina. Drag and drop widget Embed Website ke dalam site seperti di bawah.



Langkah 15

Pada kotak Enter URL, paste code yang telah anda edit tadi.



Anda boleh menetapkan ketinggian paparan slaid anda dalam site dalam kotak Enter Height.
Setelah selesai, klik Save Changes dan klik X.


Langkah 16

Tahniah!!! Anda telah berjaya memasukkan slaid powerpoint ke dalam site Frog VLE anda. 

8 ulasan :

  1. SJKC SIMPANG JALONG3 Ogos 2015 10:48 PTG

    Thanks for the tutorial, it really help.

    BalasPadam
  2. Tq..toturiol ni sgt membantu..ckgu, sy nk tnya kalau kita pindah sekolah mmg data dalam frog vle akn hilang semua ye?..tq

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama
    Data tidak hilang cuma sites yang anda telah bina akan kekal di sekolah lama. Namun, recent update kepada Frog membolehkan kita share sites yang dibina untuk komuniti luar. Jadi, kita masih boleh akses sites kita walaupun telah berpindah sekolah dengan syarat kita ada url site tersebut. Baca entri saya berkenaan ini di http://www.cikguidris.com/2015/06/frog-vle-bina-website-peribadi.html

    BalasPadam
  4. Mohon share ilmu yg banyak membantu ini...

    BalasPadam
  5. kenapa saya punya ada tulis "Frog VLE is having trouble displaying the embedded web page. Please contact the site owner for further help"

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba semak semula pada Langkah 12. Pastikan URL tersebut betul.

      Padam
  6. Tq,tutorial ini sangat membantu bagi kami yang baru belajar Frog VLE nie..

    BalasPadam

Pengikut