Windows 10 | Critical Error | Start Menu and Cortana aren't working

Saya pasti ramai yang telah upgrade sistem operasi komputer masing-masing kepada Windows 10. Untuk makluman kepada yang masih belum tahu, Microsoft menawarkan upgrade percuma dari Windows 7, Windows 8.1 dan Windows Phone 8.1 original ke Windows 10. Walaupun saya bukannya eager sangat untuk menaiktaraf windows, namun bila dapat notifikasi upgrade percuma, apa salahnya mencuba.

Selepas dinaiktaraf, first impression tentang interface Windows 10...Wow! tengok kulit luar tahulah saya..kalau ada yang tanya details, kena buka Google la jugak. Dua hari lepas upgrade, keluar satu warning apabila saya turn on laptop.


Klik Sign out now tu...lepas tu bila sign in balik ok boleh gunakan macam biasa. Siang tadi, bila sign in balik warning tu masih ada dan start menu dan taskbar bawah tu memang tak berfungsi langsung. Alamak! macam mana nak buat ni. Bila google, rupanya masalah ni memang dihadapi oleh majoriti pengguna Windows 10 dan khabarnya Microsoft masih lagi dalam proses mencari solusinya.

Ada juga dua, tiga website yang memberikan tutorial bagaimana untuk fix masalah ni tapi bila dicuba masih tidak menjadi. Dari siang ke malam mencuba akhirnya Alhamdulillah terjumpa satu forum yang memberikan solution yang menjadi.

Katanya, salah satu sebab masalah critical error tu adalah kerana Avast Antivirus dan solusinya kena uninstall Avast tu melalui Safe Mode.

Untuk buka Safe Mode dalam Windows 10, caranya
1) Tekan ctrl + alt + del
2) Di sebelah kanan bawah, klik power button
3) Sebelum klik Restart, tekan dan tahan butang Shift, baru klik Restart
4) Klik trobleshoot, advanced options, start-up setting, restart
5) Apabila komputer restart, tekan butang F4, ia akan masuk Safe Mode
6) Setelah itu, uninstall Avast melalui Control Panel dan restart komputer.

Semoga berjaya!

6 ulasan :

  1. Salam. Saya pun alami masalah yang selepas update ke Window 10. Selepas cuba cara Tuan di atas, Alhamdulillah, butang Start dah ada balik =) Terima kasih Tuan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumussalam tuan
      Alhamdulillah! Gembira perkongsian saya bermanfaat untuk tuan. Tahniah!

      Padam
  2. saya dah cuba cara awak, tapi tetap tak pengaruh sama pc saya. minta pencerahnya cikgu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf Rian Robi jika cara di atas tidak berkesan. Mungkin anda boleh rujuk link forum di atas.

      Padam
  3. Maaf mengganggu.tumpang tanya,selepas sy update windows 10,laptop sy asyik berulang kali restart.dari malam sampai petang keesokannya masih asyik restart.mcm mana cara nak atasinya ye?

    BalasPadam
  4. Assallamuallaikum, work
    :) terimakasih gan

    BalasPadam

Pengikut