Pindahkan gambar/fail dari smartphone ke laptop tanpa kabel

Keterujaan manusia mengabadikan kenangan bergambar dewasa ini memang menjadi-jadi ditambah pula dengan teknologi telefon berkamera yang amat popular. Istilah selfie kemudiannya wefie merancakkan lagi fenomena ini. Biasanya gambar yang kita ambil menggunakan smartphone akan memenuhi ruangan storage yang ada dan lama kelamaan telefon kita mula menjadi mudah hang, lambat dan sebagainya.

Satu cara untuk mengatasinya adalah memindahkan gambar-gambar tersebut ke medium simpanan yang lain seperti laptop. Terdapat beberapa cara untuk menyambungkan smartphone kita ke laptop untuk kita membuat pemindahan gambar. Kita boleh gunakan bluetooth (prosesnya sangat lambat) ataupun  dengan menggunakan kabel penyambung. Namun, kadang-kadang kita malas untuk menyambungkan kabel. Satu cara yang boleh digunakan adalah dengan menggunakan network WiFi internet.

Sebelum anda mulakan, satu PERINGATAN PENTING di sini ialah kedua-dua smartphone dan laptop anda MESTI bersambung ke internet melalui network WiFi yang SAMA.

Apa yang perlu dibuat?
Pertamanya, anda perlu install di smartphone anda satu app yang ada di playstore iaitu WiFi File Transfer.


Selepas install, anda hanya perlu run app tersebut dan paparan seperti di bawah akan kelihatan. Tap pada Start.



Satu URL (alamat laman web) akan dipaparkan di smartphone anda. (Lihat gambar di bawah)



Buka browser internet (Chrome, Firefox atau sebagainya) di laptop anda dan taipkan URL tadi di kotak address. Selepas itu, tekan Enter.

Sekarang, anda akan dapat paparan seperti di bawah. Ianya berbentuk file explorer yang memaparkan direktori/folder yang ada dalam smartphone anda.


Untuk pindahkan gambar/fail dari smartphone ke laptop, hanya tick pada gambar/fail yang anda inginkan dan klik pada Download. Anda akan dapat perhatikan gambar/fail tadi akan dipindahkan ke laptop anda. Biasanya, gambar/fail tersebut akan dipindahkan ke dalam folder Downloads di laptop anda.


Pada kali pertama anda membuat proses pemindahan, anda akan ditanya sama ada hendak download sebagai single file ataupun dalam bentuk yang telah dicompress menjadi zip file.


Setelah selesai semuanya, hanya tap butang stop pada smartphone anda.


Selamat mencuba ya!

Baca entri terkini. Cara mudah akses Telegram menggunakan laptop tanpa perlu install.
Klik di sini.

P&P Frog VLE | DST Tahun 1 | Telinga Untuk Mendengar

Site :

Widget digunakan :
Media, Text Activity

Objektif :
Murid dapat menamakan bunyi yang didengari dengan betul.

Proses Pembinaan Site :
1. Printscreen mukasurat berkaitan dalam buku teks DST Tahun 1 versi online.

2. Masukkan ke dalam site menggunakan widget Media.

3. Cari video bunyi2an di youtube dan download sebagai mp3. Untuk ketahui caranya, sila baca entri ini.

4. Masukkan mp3 tadi ke dalam site menggunakan widget Media.

5. Letakkan widget Text Activity di bawahnya.

6. Assign site kepada group D1-Delima (Assign ya BUKAN Share - untuk membolehkan murid menaip dalam widget text Activity)

Proses P&P :
1. Murid log in Frog dan buka assignment melalui timeline.

2. Murid membaca nota dari printscreen buku teks dan guru bersoal jawab dengan murid tentang isi pembelajaran.

3. Murid membuka tab latihan. Murid mendengar audio dari mp3 dan menaip nama bunyi yang mereka dengari di widget text activity.

4. Murid klik pada butang submit activity dan akhir sekali pada butang Complete Assignment.







Admin Frog VLE | Cara ketahui jumlah sites yang telah dibina setiap bulan

Bagi sekolah-sekolah yang mempunyai GM1M, admin Frog perlu mengisi form setiap awal bulan untuk pelaporan. Salah satu maklumat yang diperlukan ialah jumlah site yang telah dibina sepanjang bulan yang dilaporkan.

Sebelum ini, saya mengira secara manual dengan menjumlahkan melalui paparan graf yang ada dalam analytics. Maklumlah bukan semua perkara didedahkan kepada admin, malah kami admin Frog pun menghadiri kursus asas Frog yang sama dengan guru-guru lain. Alhamdulillah, saya mendapat info tentang cara untuk mengetahui jumlah site ini melalui group Telegram dan rupa-rupanya ia tidak memerlukan pengiraan langsung! 

Caranya, seperti biasa klik Quick Launch dan pilih Analytics.

Setelah itu, (rujuk gambar di bawah)
1) Klik Sites
2) Klik drop down box
3) Klik Choose dates



Pilih Tarikh From 01/01/2015. Klik OK



Sekarang, graf akan memaparkan bilangan site mengikut BULAN.

Untuk melihat jumlah sites yang dibina sahaja, klik pada kotak pink di sebelah No. of site visits untuk menyahaktifkannya.


OK, sekarang graf hanya memaparkan jumlah sites yang telah dibina mengikut bulan.

Hanya letakkan kursor mouse di atas bulatan kecil seperti gambar di bawah dan kita akan mengetahui jumlah site yang telah dibina sepanjang bulan tersebut.

Frog VLE | Hilangkan Pilihan Video Berkaitan Selepas Video Habis Dimainkan

Salam semua..haha..panjangnya ya tajuk entri kali ni ...Harap anda boleh memahami apa yang cuba saya sampaikan melalui tajuk tersebut. OK lah saya explain.

Situasinya, anda masukkan video dari youtube ke dalam site pembelajaran yang anda bina. Kemudian, semasa sesi P&P, anda minta murid memainkan video tersebut. Setelah video habis dimainkan, paparan seperti di bawah akan muncul.


Apa yang muncul? Pilihan video-video yang berkaitan dengan video yang murid mainkan tadi akan muncul. Bagi murid yang taat, OK lah..tetapi bagi murid yang tinggi rasa ingin tahunya, mereka akan mula klik pilihan video tersebut dan mulalah mereka menerawang jauh dari landasan yang anda tetapkan untuk sesi P&P anda pada waktu tersebut.

Apakah cara untuk menghalangnya?

Di sini saya kongsikan cara bagaimana untuk menghilangkan paparan pilihan video berkaitan tersebut. Sebelum itu, saya rasa anda maklum terdapat DUA cara untuk memasukkan video ke dalam site Frog.

Pertamanya, menggunakan widget MEDIA.
Kedua, menggunakan widget EMBED WEBSITE.

Cara yang saya akan kongsikan ini boleh digunakan jika anda menngunakan widget EMBED WEBSITE kerana anda perlu edit URL video yang anda ambil dari youtube tadi.

Jom kita mulakan,

Katakanlah anda telah menjumpai video yang sesuai di youtube untuk anda masukkan ke dalam site anda. Apa yang perlu anda buat adalah : (rujuk gambar di bawah)

1. Klik Share
2. Klik Embed
3. Highlight dan copy bahagian URL seperti di bawah SAHAJA.


Setelah itu, kembali ke site anda, drag and drop widget EMBED WEBSITE ke dalam site anda. Kemudian, paste URL yang anda copy tadi ke dalam kotak Enter URL.

Di hujung URL itu TAMBAHKAN ?rel=0
Kemudian, klik Save Changes.


Cuba mainkan video dan anda akan dapati pilihan video berkaitan tadi tidak akan muncul setelah video habis dimainkan.



Selamat Mencuba!

Pengikut