Pindahkan gambar/fail dari smartphone ke laptop tanpa kabel

Keterujaan manusia mengabadikan kenangan bergambar dewasa ini memang menjadi-jadi ditambah pula dengan teknologi telefon berkamera yang amat popular. Istilah selfie kemudiannya wefie merancakkan lagi fenomena ini. Biasanya gambar yang kita ambil menggunakan smartphone akan memenuhi ruangan storage yang ada dan lama kelamaan telefon kita mula menjadi mudah hang, lambat dan sebagainya.

Satu cara untuk mengatasinya adalah memindahkan gambar-gambar tersebut ke medium simpanan yang lain seperti laptop. Terdapat beberapa cara untuk menyambungkan smartphone kita ke laptop untuk kita membuat pemindahan gambar. Kita boleh gunakan bluetooth (prosesnya sangat lambat) ataupun  dengan menggunakan kabel penyambung. Namun, kadang-kadang kita malas untuk menyambungkan kabel. Satu cara yang boleh digunakan adalah dengan menggunakan network WiFi internet.

Sebelum anda mulakan, satu PERINGATAN PENTING di sini ialah kedua-dua smartphone dan laptop anda MESTI bersambung ke internet melalui network WiFi yang SAMA.

Apa yang perlu dibuat?
Pertamanya, anda perlu install di smartphone anda satu app yang ada di playstore iaitu WiFi File Transfer.


Selepas install, anda hanya perlu run app tersebut dan paparan seperti di bawah akan kelihatan. Tap pada Start.



Satu URL (alamat laman web) akan dipaparkan di smartphone anda. (Lihat gambar di bawah)



Buka browser internet (Chrome, Firefox atau sebagainya) di laptop anda dan taipkan URL tadi di kotak address. Selepas itu, tekan Enter.

Sekarang, anda akan dapat paparan seperti di bawah. Ianya berbentuk file explorer yang memaparkan direktori/folder yang ada dalam smartphone anda.


Untuk pindahkan gambar/fail dari smartphone ke laptop, hanya tick pada gambar/fail yang anda inginkan dan klik pada Download. Anda akan dapat perhatikan gambar/fail tadi akan dipindahkan ke laptop anda. Biasanya, gambar/fail tersebut akan dipindahkan ke dalam folder Downloads di laptop anda.


Pada kali pertama anda membuat proses pemindahan, anda akan ditanya sama ada hendak download sebagai single file ataupun dalam bentuk yang telah dicompress menjadi zip file.


Setelah selesai semuanya, hanya tap butang stop pada smartphone anda.


Selamat mencuba ya!

Baca entri terkini. Cara mudah akses Telegram menggunakan laptop tanpa perlu install.
Klik di sini.

16 ulasan :

  1. TerimA kasih..tip yg sgt berguna

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Saya cuba juga nak gunakan SHAREit tetapi web version dia masih belum ada untuk Windows 10.

      Padam
  3. Tahniah Cikgu Idris..ilmu yg sangat berguna.

    BalasPadam
  4. Terima kasih cg idris. Banyak membantu

    BalasPadam
  5. saya masuk kan http://192.168.1.33:1234/ tapi dia kata page is not found .

    BalasPadam
  6. Byk info bermanfaat, tq cikgu idris. Boleh jika ada entry terbaru mengenai ict dan android atau ios emailkan terus kepada saya utk perkongsian...wady2112@gmail.com...terima kasih byk²....

    BalasPadam
  7. terima kasih banyak Cikgu, tips dan info yang memang saya cari selama ni..gud job!

    BalasPadam
  8. Salam cikgu idris, sy nak th.. bila kita dah pindahkan file photo @ video ikut cara di ajar ni, adakah tarikh pada detail file akan berubah, bukan lg ikut tarikh asal diambil..klu berubah, mcm mn cara nak kekalkan tarikh tu.. mohon penjelasan.. trm ksh

    BalasPadam
    Balasan
    1. wa'alikumussalam.
      Tarikhnya tidak berubah. Saya baru cuba pindahkan. :)

      Padam
  9. Ok.. trm kasih byk2 cikgu idris :)

    BalasPadam
  10. Terima kasih cikgu kerana sudi berkongsi info yg amat berguna ini

    BalasPadam
  11. terima kasih banyak2 cikgu...saya selalu guna google drive tp cara ni rasanya lbh cepat..

    BalasPadam

Pengikut