Blog | Hide Tajuk Gadget Untuk Image

Dalam berblogging, anda tentunya biasa menggunakan gadget Image untuk meletakkan imej pada blog anda. Apa yang saya sukakan tentang gadget ini adalah kita boleh menggunakan imej yang kita masukkan sebagai hyperlink ke laman web lain. 


Gadget untuk meletakkan imej pada blog

Semasa mengubahsuai entrance page untuk laman web sekolah, saya telah meletakkan imej untuk dijadikan hyperlink ke laman web lain. Namun, apabila di preview, ianya nampak tidak menarik kerana tajuk gadget itu turut sama dipaparkan. (Lihat gambar di bawah).


Untuk makluman, kita MESTI memasukkan tajuk gadget. Jika tidak, gadget tersebut tidak boleh digunakan.



Rupa-rupanya ada penyelesaian kepada masalah tersebut. Sebenarnya, kita boleh hide (sorokkan) tajuk gadget tersebut.

Caranya, pergi pada Layout, kemudian klik Edit pada gadget Image yang kita hendak sorokkan tajuknya.


Gambar di bawah menunjukkan tajuk gadget tadi.


Apa yang perlu dibuat adalah tukarkan tajuk tadi dengan <!--> . Setelah itu, klik Save.


Apabila kita preview, tajuk tadi akan hilang dari paparan.


Selamat Mencuba!

0 comments :

Catat Ulasan

Pengikut