Cara mudah akses Telegram menggunakan laptop tanpa perlu install

Pada tahun 2014, saya ada membuat satu tutorial tentang cara untuk install Telegram app di laptop. Sila klik di sini untuk baca. Ketika itu, penggunaan appTelegram masih belum meluas di Malaysia dan masih dibayangi aplikasi Whatsapp yang lebih popular.

Tutorial berkenaan secara ringkas menerangkan bagaimana untuk menggunakan Telegram di laptop untuk lebih memudahkan proses muat turun fail seperti office documents. Kini, untuk menggunakan Telegram di laptop menjadi lebih mudah kerana kita tidak perlu install apa-apa aplikasi pada laptop. Kita boleh gunakan Telegram versi web. Caranya ;

Buka internet browser (chrome. firefox) dan taipkan https://web.telegram.org di kotak alamat.



Kemudian,
1. Pilih Country dan masukkan nombor telefon
2. Klik Next



Telegram akan menghantar SMS mengandungi code ke telefon kita.
1. Masukkan code
2. Klik Next



Anda sudah boleh menggunakan Telegram sekarang. Mudah bukan?

0 comments :

Catat Ulasan

Pengikut