Jadikan smartphone anda CCTV

Ketika menaip entri Pindahkan gambar/fail dari smartphone ke laptop  yang menggunakan wifi, saya teringat perkongsian dari seorang rakan tentang bagaimana menjadikan smartphone kita sebagai CCTV menggunakan konsep yang sama iaitu kedua-dua smartphone dan laptop bersambung ke internet pada network wifi yang sama.

Jom saya kongsikan caranya.

Langkah 1
Pada smartphone anda, cari IP Webcam di playstore dan install.

 Langkah 2
Setelah itu, tap OPEN.



Langkah 3
Scroll ke bawah dan tap pada Start Server.



Langkah 4
Kamera pada smartphone akan berfungsi dan anda akan dapat perhatikan satu URL dipaparkan.



Langkah 5
Buka browser internet di laptop anda dan taipkan URL tadi di kotak address.



Langkah 6
Anda akan dibawa ke laman web seperti di bawah. Di sini anda boleh ubah setting jika diperlukan. Tak nak ubah apa-apa pun boleh. Untuk memulakan CCTV anda, klik pada Browser.



Taraa! Sekarang anda telah mempunyai CCTV.




Selamat mencuba!

6 ulasan :

  1. Menarik! Boleh guna hp lama utk buat cctv ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu..daripada simpan dalam almari je. Baik digunakan.

      Padam
  2. Saya pernah guna semasa Hari Anugerah Cemerlang sekolah untuk murid yang duduk di luar dewan.

    BalasPadam
  3. bang aji...utk win phone x der ker :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba baca forum ni http://forums.windowscentral.com/windows-phone-apps/240758-ip-webcam-windows-phone-8-a.html

      Padam

Pengikut