MS Excel | Tukar perkataan berhuruf kecil ke HURUF BESAR

Baru-baru ini, saya telah menyediakan borang menggunakan Google Form untuk pendaftaran peserta kursus PLuG TMK Tahun 6. Untuk makluman anda yang tidak biasa dengan Google Form, maklumat/response yang diisi akan dimuatkan di dalam satu fail berformat Google Sheet yang fungsinya seakan MS Excel. Malah, kita boleh download fail tersebut dalam format Excel.

Setelah saya download dalam format Excel dan saya semak nama-nama peserta yang telah mengisi, saya dapati ada yang mengisi menggunakan huruf besar, ada pula yang mengisi menggunakan huruf kecil. Jadi, borang tersebut menjadi kurang cantik pada pandangan mata. Teringat kalau dalam MS Word, kita boleh menukar huruf kecil ke huruf besar menggunakan option pada ribbon font TETAPI tidak pada MS Excel. Dari situ, setelah berguru dengan pakcik Google :-) baharulah saya tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Di sini saya kongsikan ilmu tersebut untuk manfaat kita bersama. Saya akan tunjukkan TIGA cara iaitu :

1) Bagaimana untuk menukar keseluruhan nama dari huruf kecil ke HURUF BESAR


Perhatikan nama Amiera Natasha Bt Norazizee di atas. Untuk menukar keseluruhan nama tersebut ke HURUF BESAR, klik pada mana-mana cell kosong dan taipkan =UPPER(cell reference)

*cell reference adalah lokasi cell. Ianya kombinasi huruf dan nombor contohnya A1, B12,C36.

untuk contoh di atas, nama yang kita hendak tukar berada di cell B3, jadi taipkan 
=UPPER(B3)

Kemudian, tekan ENTER. Hasilnya...



2)  Bagaimana untuk menukar keseluruhan nama dari HURUF BESAR ke huruf kecil




Perhatikan nama AMIR IZZUDDIN BIN MD YAZID di atas. Untuk menukar keseluruhan nama tersebut ke huruf kecil, klik pada mana-mana cell kosong dan taipkan =LOWER(cell reference)

Kemudian, tekan ENTER. Hasilnya...



3)  Bagaimana untuk menukar nama dari semuanya HURUF BESAR ke huruf kecil tetapi huruf PERTAMA adalah HURUF BESAR 


Perhatikan nama AKMAL HAKIM BIN ABDULLAH di atas. Untuk menukar nama tersebut dari semuanya HURUF BESAR ke huruf kecil tetapi huruf PERTAMA adalah HURUF BESAR , klik pada mana-mana cell kosong dan taipkan =PROPER(cell reference)

Kemudian, tekan ENTER. Hasilnya...



* Cara di atas boleh juga digunakan pada Google Sheet.

4 ulasan :

  1. Terima kasih cikgu. Dulu macam dah pernah jumpa ilmu ni tapi dah lupa.

    BalasPadam
  2. Cikgu, kalau dalam Word boleh ke tukar2 huruf besar kecil ni?

    BalasPadam

Pengikut