MS Word | Tukar perkataan berhuruf kecil ke HURUF BESAR

Dalam komen seorang pembaca entri saya sebelum ini bertajuk MS Excel | Tukar perkataan berhuruf kecil ke HURUF BESAR, beliau bertanya sama ada kita boleh melakukan perkara yang sama dalam Microsoft Word. Jawapannya adalah Ya! kita boleh menukar huruf perkataan ke HURUF BESAR (UPPERCASE), huruf kecil (lowercase) dan Huruf PERTAMA sahaja besar (PROPER CASE),  malah caranya lebih mudah.

Katakanlah kita mempunyai perkataan yang semuanya berhuruf kecil dan kita hendak menukarkan hurufnya. Caranya ialah, highlightkan dahulu perkataan tersebut.



Kemudian, tekan kombinasi kekunci SHIFT + F3 pada keyboard anda.




Hasilnya akan menjadi PROPER CASE.



Jika anda tekan kombinasi kekunci SHIFT + F3 sekali lagi, perkataan tadi akan menjadi UPPERCASE.


Untuk menukar semula ke lowercase, hanya tekan kombinasi kekunci SHIFT + F3 sekali lagi.

Ianya mudah bukan? Sebenarnya, skill sebegini dapat membantu kita membuat kerja dengan lebih pantas. Sila baca juga entri saya tentang MS Word di sini. 

1 ulasan :

  1. Senangnya! Terima kasih cg Idris :-)

    BalasPadam

Pengikut