Telegram | Pindahkan gambar/fail dari smartphone ke laptop

Anda biasa gunakan Telegram? Tentunya anda tahu antara kelebihan Telegram (berbanding Whatsapp) kita boleh berkongsi fail melalui Telegram. Kita juga boleh akses Telegram menggunakan laptop atau PC. Baca entri saya berkaitan ciri ini DI SINI.

Apabila saya menghasilkan entri tentang cara memindahkan fail dari smartphone ke laptop menggunakan wifi transfer (BACA DI SINI), ada komen yang mengatakan mereka menggunakan Telegram untuk tujuan tersebut. Ya, memang Telegram memudahkan kita untuk memindahkan fail, gambar, video dan sebagainya di antara smartphone/tablet dengan laptop/PC dengan adanya ciri Telegram Web.

Masalahnya, katakanlah anda ada beberapa keping gambar di dalam smartphone dan anda ingin memindahkannya ke laptop anda menggunakan Telegram, bagaimanakah ianya boleh dilakukan? Caranya ialah dengan menghantar gambar tersebut kepada diri anda sendiri.

Jom saya tunjukkan.

Mula-mula buka aplikasi Telegram anda di smartphone kemudian tap pada icon search seperti di bawah.


Kemudian, taipkan nama yang anda gunakan sebagai profil di Telegram anda. Apabila disenaraikan, tap pada nama anda.


Sekarang, anda boleh pilih gambar yang hendak dihantar dengan tap pada icon paperclip seperti di bawah. Pilih gambar dan send.


Langkah terakhir, buka Telegram web di laptop anda dan download gambar-gambar tadi.
Jika belum tahu bagaimana untuk akses Telegram menggunakan laptop, baca entri saya dengan KLIK DI SINI.


Sekian perkongsian saya. Semoga bermanfaat untuk memudahkan tugas anda terutamanya rakan-rakan guru.

Nota tambahan :
Biasanya jika anda menghantar gambar melalui Telegram, saiz gambar tersebut akan dikecilkan (compressed) dan mungkin kualiti ketajamannya akan berkurang. Untuk mengekalkan kualiti gambar tersebut, anda boleh menghantar gambar tersebut sebagai file attachment berbanding sebagai gambar.



Galeri Gambar di Picasa Web Album

Ingin simpan koleksi gambar anda di internet tetapi tidak tahu di mana? Selain aplikasi laman sosial seperti instagram dan facebook, anda boleh juga simpan gambar anda di Picasa Web Album. Antara kelebihan mengunakan platform Picasa yang disediakan oleh Google ini adalah kita boleh meletakkan link ataupun embed album gambar kita di dalam blog dan laman web dengan mudah. Yang lebih menarik, kita boleh embed bukan sahaja gambar, malahan slide show gambar-gambar dalam format flash. 

Di sini saya kongsikan caranya :

Langkah 1

Buka browser internet dan taipkan alamat https://picasaweb.google.com



Langkah 2

Log masuk menggunakan id dan password akaun gmail anda. Bagi rakan2 guru, anda boleh juga log masuk menggunakan YES id (frog) anda.

Setelah itu, klik pada butang Upload



Langkah 3

Taipkan nama album gambar anda. Kemudian, klik pada butang Select photos from your computer



Langkah 4

Pilih gambar yang anda ingin upload ke dalam album. Jika anda menggunakan PC atau laptop, anda boleh select lebih dari satu gambar untuk diupload. Jika menggunakan tablet atau smartphone, anda perlu pilih satu demi satu gambar.

Klik butang Upload more untuk menambah gambar. Klik OK jika telah selesai.


Langkah 5

Untuk kongsikan album gambar anda dengan pengguna internet, klik pada butang Share




Langkah 6

Jika anda ingin kongsikan album anda kepada semua pengguna tanpa sekatan, terus klik pada butang Share. Jika anda ingin menambah pengguna tertentu, taipkan alamat gmail / YES id mereka dalam kotak Add more people seperti gambar di bawah.

Untuk pengguna dari SK Kg Dato Ibrahim Majid (sekolah saya), kongsikan juga album anda dengan taip  vleadmin.jba2038@yes.my dalam kotak Add more people, kemudian klik pada butang Share



MS Word | Print sijil secara pukal

Menjelang berakhirnya penggal persekolahan bagi tahun ini, mungkin ramai dalam kalangan guru yang ditugaskan sebagai AJK Sijil untuk Majlis Anugerah Cemerlang sekolah masing-masing. Pelbagai anugerah dan penghargaan yang diberikan sekolah kepada murid bermakna semakin banyaklah sijil yang perlu disediakan.

Adakah anda pernah dengar istilah mail merge? ia adalah  satu feature yang ada dalam MS Word yang membolehkan kita menghasilkan dokumen dalam kuantiti yang banyak menggunakan satu template yang sama. Contohnya, katakanlah kita ada satu template sijil untuk penghargaan Pengawas Sekolah. Dengan mail merge, kita boleh print sijil tersebut dengan nama2 yang berbeza dengan pantas.

Di sini saya kongsikan caranya menggunakan MS Word 2013. 

Langkah 1

Anda perlu taipkan nama penerima sijil tersebut dalam MS Excel. Seeloknya letakkan header seperti dalam gambar di bawah. Setelah selesai, save fail (saya save sebagai senarai penerima.xlsx) dan tutup MS Excel.


Langkah 2

Buka template sijil menggunakan MS Word. Klik pada bahagian di mana anda ingin letakkan nama penerima sijil tersebut.



Langkah 3

Sekarang,
(1) Klik MAILINGS
(2) Klik Select Recipients
(3) Klik Use an Existing List


Langkah 4

(1) Cari fail MS Excel yang telah anda save tadi.
(2) Klik Open


Langkah 5

Paparan seperti di bawah akan muncul. Klik OK.


Langkah 6

Kemudian, (1) Klik Insert Merge Field
(2) Pilih maklumat (header) yang anda ingin masukkan.


Langkah 7

Anda dapat perhatikan maklumat NAMA telah dimasukkan ke dalam template sijil. Sekarang, saya masukkan pula maklumat MYKID.


Langkah 8

Untuk melihat sama ada berjaya atau tidak, klik Preview Results.


Langkah 9

Sekarang, nama dan mykid penerima 1 telah dipaparkan. Untuk melihat nama seterusnya (1) klik pada anak panah.

Untuk print secara pukal,
(2) Klik Finish & Merge
(3) Klik Print Documents


Langkah 10

Untuk print semua sekaligus, pilih All dan klik OK. Anda juga boleh print sebahagian dengan masukkan nombor penerima dalam kotak From dan To.


Pengikut