Telegram | Pindahkan gambar/fail dari smartphone ke laptop

Anda biasa gunakan Telegram? Tentunya anda tahu antara kelebihan Telegram (berbanding Whatsapp) kita boleh berkongsi fail melalui Telegram. Kita juga boleh akses Telegram menggunakan laptop atau PC. Baca entri saya berkaitan ciri ini DI SINI.

Apabila saya menghasilkan entri tentang cara memindahkan fail dari smartphone ke laptop menggunakan wifi transfer (BACA DI SINI), ada komen yang mengatakan mereka menggunakan Telegram untuk tujuan tersebut. Ya, memang Telegram memudahkan kita untuk memindahkan fail, gambar, video dan sebagainya di antara smartphone/tablet dengan laptop/PC dengan adanya ciri Telegram Web.

Masalahnya, katakanlah anda ada beberapa keping gambar di dalam smartphone dan anda ingin memindahkannya ke laptop anda menggunakan Telegram, bagaimanakah ianya boleh dilakukan? Caranya ialah dengan menghantar gambar tersebut kepada diri anda sendiri.

Jom saya tunjukkan.

Mula-mula buka aplikasi Telegram anda di smartphone kemudian tap pada icon search seperti di bawah.


Kemudian, taipkan nama yang anda gunakan sebagai profil di Telegram anda. Apabila disenaraikan, tap pada nama anda.


Sekarang, anda boleh pilih gambar yang hendak dihantar dengan tap pada icon paperclip seperti di bawah. Pilih gambar dan send.


Langkah terakhir, buka Telegram web di laptop anda dan download gambar-gambar tadi.
Jika belum tahu bagaimana untuk akses Telegram menggunakan laptop, baca entri saya dengan KLIK DI SINI.


Sekian perkongsian saya. Semoga bermanfaat untuk memudahkan tugas anda terutamanya rakan-rakan guru.

Nota tambahan :
Biasanya jika anda menghantar gambar melalui Telegram, saiz gambar tersebut akan dikecilkan (compressed) dan mungkin kualiti ketajamannya akan berkurang. Untuk mengekalkan kualiti gambar tersebut, anda boleh menghantar gambar tersebut sebagai file attachment berbanding sebagai gambar.



5 ulasan :

  1. Thanks for the tricks...now i know how to make full use of my Telegram. I have followed your blog. No 333.
    Cikgu.Zukj

    BalasPadam
    Balasan
    1. You are welcome Cikgu Zukj..thanks 4 following my blog.

      Padam
  2. Macmna NK selesaikn masalah tak boleh download file Dr telegram. CTH gambar atau fail yg kawan hntr dlm telegram

    BalasPadam
  3. Salam cikgu
    Mcm mana nak upload (muat naik) movie link kat telegram yg simbol mcm ni ⬇

    BalasPadam

Pengikut