Frog VLE | Masukkan Flash Games

Sebagai guru Bahasa Inggeris, saya sering menggunakan bahan berbentuk language games dalam format flash di dalam site Frog VLE yang saya bina. Salah satu contoh site yang saya bina adalah 


Terdapat banyak laman web yang mengandungi flash games yang kita boleh gunakan dalam site Frog VLE. Salah satu laman favourite saya ialah http://www.eslgamesplus.com/. Dengan menggunakan bahan berbentuk games, sudah tentunya murid menjadi lebih berminat untuk belajar, lebih-lebih lagi murid-murid kelas belakang seperti murid saya. 

Dahulu, saya biasanya akan gunakan widget Embed untuk memasukkan laman web yang mengandungi flash game tersebut. Saya rasa jika anda seorang guru, tentunya anda sudah diberi kursus bagaimana menggunakan widget Embed. Namun begitu, satu kelemahan menggunakan widget Embed yang saya kurang gemari ialah murid senang menyimpang ke laman web lain yang tidak berkaitan. Contohnya :


Di atas ialah satu site yang mana saya telah embed flash game ke dalamnya. Kalau diperhatikan, terdapat scroll bar di bahagian tepinya.


Jika murid scroll down, akan terpapar game lain yang boleh mereka klik. Jika murid klik game tersebut, maka apa yang kita harapkan untuk P&P kita tidak akan tercapai.

Jadi, apakah caranya untuk menghalang murid dari pergi ke laman lain yang kita tidak kehendaki untuk P&P kita? Puas juga memikirkan caranya, Akhirnya, saya dapat satu cara yang saya rasakan terbaik iaitu kita JANGAN masukkan keseluruhan laman web yang mengandungi flash game tadi SEBALIKNYA kita HANYA MASUKKAN flash game itu sahaja.

Untuk itu, kita perlu download dahulu flash game itu ke dalam komputer kita dan kemudian masukkannya ke dalam site menggunakan widget MEDIA.

Jom saya tunjukkan caranya.

Langkah 1
Buka laman web yang mengandungi flash game. Kemudian, letakkan KURSOR mouse di bahagian luar flash game, dan KLIK KANAN. Satu menu akan terpapar, KLIK View page source.


Langkah 2
Paparan seperti di bawah akan kelihatan. Klik butang CTRL + F untuk fungsi carian. Taipkan swf dan tekan Enter.

Anda akan dapat lihat satu link bermula dengan http dan mengandungi swf yang dihighlightkan. Itu adalah link ke flash game yang kita mahu masukkan ke dalam site.


Langkah 3
Letakkan kursor mouse di atas link tersebut dan klik kanan. Satu menu akan terpapar, klik pada Save link as.


Langkah 4
Sekarang, pilih di mana kita mahu save flash game tadi. Untuk memudahkan, pilih desktop dan klik Save.

Untuk makluman, ini adalah cara untuk download flash game ke dalam komputer kita. Apabila kita telah download, kita boleh mainkan flash game tadi secara offline tanpa bersambung ke internet.



Langkah 5
Setelah download flash game tadi, sekarang masanya untuk masukkannya ke dalam site. Buka site yang kita bina kemudian drag and drop widget MEDIA ke dlaam site.


Langkah 6
Klik butang Upload dan pilih flash game yang kita telah simpan tadi. Klik Open.


Sekarang, kita telah berjaya masukkan flash game tadi ke dalam site tanpa gangguan link yang tidak berkaitan.

Selamat mencuba.


7 ulasan :

  1. Hello, terima kasih atas tutorial ini. sangat sangat bagus dan infomatif !
    Sy ada soalan. Kenapa ada sesetengah game tu takde .swf tu ? :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul! Tidak semua laman membolehkan kita menggunakan cara di atas. Saya tidak pasti kenapa, mungkin pereka laman webnya telah menetapkan setting sedemikian.

      Padam
    2. Hanya Flashgames sahaja yg boleh ye ? Java games tak boleh ?

      Padam
    3. Sejujurnya baru saya tahu ada java games :-). Terima kasih atas ilmu baru ni. Untuk website yg ada java games, cuba guna widget embed website untuk masukkan ke site frog

      Padam
  2. assalamualaikum cikgu..saya nak tanya game macam nie untuk bahasa melayu ada tak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wa'alaikumussalam..cuba search di google guna keyword flash game bahasa melayu

      Padam
  3. Salam. Terima kasih banyak2 atas tutorial ini, cikgu. Semalam pun saya buat cara pertama yang cikgu jelaskan di atas. Baru tadi cuba cara kedua ini. Tetapi "di atas flash game itu ada "more games? click here". Ini bermakna pljr masih boleh klik dan dibawa terus ke site eslgameplus.

    Cikgu, bolehkah saya dibenarkan share url yyg menunjukkan "Not secure https..."Sila beri tunjuk ajar. Tqvm.

    BalasPadam

Pengikut