Renew insuran dan cukai jalan kereta dengan mudah dan pantas di MYEG kiosk

Nak dijadikan cerita, lepas solat maghrib terdetik dalam hati..eh! Bila roadtax kereta aku mati ek? Terus pergi tengok di kereta. Alamak! Expired 4 Dis lah! Hari ni dah 5 Dis. Dah la sekarang ni tengah bercuti di kampung isteri di Kuala Terengganu. Semua dokumen salinan geran dan cover note insuran ada di Johor nun.

Biasanya setiap tahun saya akan renew insuran dan roadtax melalui kawan yang juga agen insuran. Serah cover note tahun sebelumnya dan biasanya lepas sehari dua dah settled boleh dapat roadtax. Terus saya call kawan tu dan tanya dia macamana. Dia cadangkan cari kiosk MYeG dan semua urusan boleh dibuat di sana.

Esoknya saya pun pergi ke kiosk MYeG yang ada di Gong Kapas, KT. Saya sampai jam 11.30. Beritahu kerani tu roadtax saya dah mati dan nak renew tapi semua dokumen takde pada saya, tinggal di rumah. Dengan cool kerani ni minta no plet kereta. Dia cakap akan cuba buat carian gunakan no plet je. Pastu dia suruh tinggalkan no phone kerana masa tu dia tengah settlekan urusan roadtax kereta lain. So, saya bagi nombor hp dan pergi jalan-jalan dulu.

Jam 12.30 dapat call dari kerani td dan dia minta butiran apa yang nak diinsurankan kereta tu. Saya tanya bila boleh siap dan dia cakap encik nak datang ambil sekarang pun boleh. Dalam hati saya cakap eh cepatnya.

Memang betul pun saya sampai je semua dah sedia ada atas meja. Tinggal bayar je. Alhamdulillah. Hilang rasa cuak kalau-kalau JPJ buat road block. Hehe..pengajarannya lain kali kena set reminder bila roadtax mati ni.

Boleh ke kanak-kanak belum berkhatan solat bersama saf orang dewasa?

Minggu lepas sewaktu dalam perjalanan pulang ke kampung, saya singgah di sebuah masjid untuk solat Isyak. Selepas iqamat dilaungkan, saya menunggu jemaah lain memenuhi saf solat memandangkan biasanya saya akan menyuruh anak lelaki saya (berumur 8 tahun) untuk solat di sebelah saya. Memandangkan jemaah tidak ramai dan hanya ada satu saf sahaja, saya dan anak saya pun bergerak ke sebelah kanan saf yang masih kosong. 

Sebaik sahaja kami memenuhi saf tersebut, seorang pak cik bertanya saya adakah anak saya telah berkhatan. Saya menjawab belum. Dia kemudian meminta anak saya untuk solat di saf belakang. Untuk tidak menimbulkan ketegangan, saya beralih sekali dengan anak saya dari tempat tersebut dan kami bergerak ke saf bahagian kiri.

Sesudah solat, rupanya pak cik tadi menunggu saya. Beliau bersalam dengan saya dan meminta saya supaya tidak berkecil hati kepadanya kerana beliau tidak bermaksud menghalau saya sekali dari saf tadi. Beliau menyatakan saf akan menjadi kosong jika anak saya yang belum berkhatan tadi solat dalam saf itu. Saya hanya mengiyakannya sahaja bagi menghormati rang yang lebih tua.

Permasalahannya di sini, betul ke apa yang dikatakan oleh pak cik tersebut?

Jom kita tonton dua video di bawah.




Frog VLE | Lama ke untuk bina site?

Salam semua. Kali ni saya nak kongsi sedikit berkenaan proses membina site pembelajaran menggunakan pelantar Frog VLE. Di antara respon paling popular yang biasa diberikan apabila ditanya kenapa tidak menggunakan site Frog VLE untuk P&P ialah "leceh la.." "tak sempat lah nak buat site...".

Jadi di sini saya nak kongsikan berapa lama masa yang saya ambil untuk membina satu site. Kalau tuan puan biasa membaca posting saya berkenaan site P&P ini, saya lebih memilih untuk membina site yang simple yang lebih berfokus untuk mecapai objektif P&P. Saya akui biasanya proses yang mengambil masa untuk membina site ini adalah sewaktu kita mengumpulkan bahan yang nak dimasukkan ke dalam site. Apatah lagi jika kita membina sendiri bahan-bahan tersebut seperti slaid powerpoint, video dan sebagainya.

Jadi, be smart! tak perlu kita nak sediakan bahan tersebut. Google sahaja dan insya Allah kita akan dapat bahan yang sesuai dengan tahap anak murid kita.

Kembali kepada kisah sebenarnya. Oleh kerana final exam dah semakin hampir dan kini masuk minggu ulangkaji, saya plan untuk membuat ulangkaji dengan murid-murid Tahun 2 kelas Dunia Sains & Teknologi saya. 

Apa yang saya buat?

Malam tadi sambil menonton bola Arsenal vs Swansea, saya ambil satu buku latihan DST Tahun 2 dan saya snap beberapa mukasurat latihan. Biasalah bila malam pencahayaan pun tak sempurna, gambar kurang jelas jadi saya edit sedikit guna hp je. Kualiti editing tak lah Ok sangat tapi cukuplah jelas untuk dibaca. Lepas tu saya send gambar-gambar tersebut kepada diri saya melalui Telegram.

Pagi ni sampai di sekolah jam 7.05 pagi. Sempat lah nak buat satu site sebelum assembly pada jam 7.30 pagi.  Saya masuk makmal, hidupkan laptop dan bermula jam 7.16 a.m.

Next step, buka Telegram Web dan download gambar-gambar latihan yang disnap malam tadi.

Tup tap itu ini jam 7.21 a.m. baru mula bina New site.

Site yang simple sahaja. Guna 2 widget 1) Widget Media   2) Widget Form
buat dalam satu page tu ada 2 kolum. Sebelah letakkan soalan, dan sebelah lagi letakkan widget Form untuk murid taipkan jawapan.


Mudah sangat guna widget Form ni.

Final step, sharekan site pada yang berkenaan. Saya share pada semua warga sekolah je, mudah. Pastikan beri akses "can contribute" supaya murid dapat menaip pada widget Form tadi.

Segalanya selesai pada jam 7.29 a.m. Fuh! sempat untuk berjalan ke tapak perhimpunan.


Siap dapat buat LIMA mukasurat latihan lagi.



Bagaimana pula saya guna site tersebut di dalam kelas?

Selepas log in, saya minta murid membaca Buku Teks DST Online dahulu sebelum saya minta mereka menjawab soalan latihan tadi. 20 minit terakhir, saya akan bersoal jawab dengan semua murid dan meminta mereka memberikan jawapan secara lisan kepada soalan-soalan tadi.

Sambil-sambil itu saya akan menyemak jawapan yang mereka taip tadi dengan klik pada Data Viewer pada menu Site.


Sekian perkongsian dari saya. Diharapkan anda dapat sesuatu dari perkongsian ini. Maaf, saya hanya berkongsi pengalaman.

Install 2 Whatsapp Dalam handphone Android 2 Simkad

Sudah dua minggu seorang rakan guru sekolah bertanya kepada saya adakah boleh untuk install dua akaun whatsapp ke dalam handphone yang ada dua simkad. Setelah membuat carian dan bertanya kepada pakar-pakar dalam group Telegram Guru ICT Malaysia, saya telah mencuba install apps Parallel Space ke dalam handphone rakan tadi dan kemudiannya mencipta akaun whatsapp kedua menggunakan nombor kedua beliau dan ianya telah berjaya.

Jom saya kongsikan caranya.

1. Search Parallel Space - Multi Accounts di dalam Play Store. Jika apps seperti di bawah tidak muncul dalam hasil carian anda, berkemungkinan ianya tidak compatible dengan device anda.


2. Install apps tersebut dan setelah selesai proses installation, run it. Beberapa cadangan apps yang boleh diclone (cipta dua akaun) akan terpapar. Pilih Whatsapp dan tap pada Add to Parallel Space.



3. Ikut sahaja steps seterusnya dan setelah paparan seperti di bawah keluar, tap pada icon Whatsapp tersebut.


4. Tap Agree and Continue.


5. Anda akan diminta untuk memasukkan nombor telefon kedua anda. Masukkan seperti diminta dan tunggu sms untuk proses verifikasi.


6. Once you have been verified, anda akan diminta memasukkan nama profil anda. Klik Next.


Selepas langkah ini, anda sudah boleh menggunakan akaun whatsapp kedua anda.



Frog VLE | Hati-hati dengan Widget File Drop

Pertamanya, tajuk entri ini mungkin agak kontroversial. Namun saya nyatakan awal-awal tujuan entri ini dibuat adalah untuk berkongsi pengalaman dan semoga dengan perkongsian ini kes yang sama tidak berulang kepada pengguna Frog VLE yang lain.

Cerita begini. Untuk menggalakkan rakan-rakan guru sekolah menggunakan Frog VLE, saya telah membina satu laman (site) yang saya namakan Laman Perkongsian Fail. Pada laman ini, saya bahagikan kepada pelbagai pages dan setiap page itu saya letakkan satu widget File Drop.

Bagaimana ia berfungsi?
Laman in membolehkan semua guru-guru berkongsi apa sahaja bahan/dokumen dengan cara memuatnaik (upload) ke widget File Drop yang telah saya letakkan. Kemudian, guru-guru lain boleh download bahan tersebut. Saya dapati ianya memang memudahkan guru-guru berkongsi bahan kerana mereka boleh dapatkan bahan dengan cepat dan mudah.

Elemen utama dalam lama ini adalah File Drop Widget.

Setelah hampir setahun sekolah kami menggunakan laman ini untuk berkongsi bahan, pada bulan Ogos atau September yang lalu (saya tidak ingat the exact date) bila saya sebagai Admin membuka laman tersebut, saya dapati keluar paparan seperti ini.



Sedangkan sebelum ini, telah banyak dokumen yang telah dikongsikan oleh guru-guru.

Saya membuat laporan kepada Helpdesk bertanyakan apakah masalah yang berlaku. Jawapan mereka adalah mungkin kerana widget tersebut mengalami masalah dan telah 'rosak'.
Saya bertanya lagi bagaimanakan status semua dokumen yang telah diupload ke dalam widget tersebut dan jawapan yang sangat MENGECEWAKAN diberi iaitu semua dokumen tersebut telah HILANG.

Kemudian bila ditanya adakah ada cara untuk recover semua dokumen tersebut dan sekali lagi saya AMAT KECEWA kerana mereka mengatakan tiada cara untuk kita dapatkan semula dokumen tersebut.

Saya berasa pelik kerana setahu saya semua fail atau apa-apa yang kita muatnaik (upload) sepatutnya disimpan di satu direktori yang boleh dicapai semula tetapi dalam kes ini amatlah menghairankan ke manakah dokumen itu disimpan.

Sejak dari itu, mood untuk berinovasi menggunakan platform Frog VLE ini sedikit pudar memikirkan bagaimana harus saya jawab dengan rakan-rakan guru. Kasihan mereka yang baharu nak berjinak-jinak menggunakan Frog dan dengan segala rugutan masalah capaian slow sebelum ini, saya rasa minat mereka juga akan pudar juga.

Saya harap pihak berkenaan yang membaca entri ini dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelak masalah ini berulang.



Frog VLE | Letakkan Timer/Stopwatch Untuk Kuiz di Site

Seorang pembaca entri Frog VLE | Bina Soalan Dengan Hot Potatoes dan Guna di Site telah bertanyakan soalan berikut. 


Untuk menjawab soalan tersebut, saya membuat beberapa carian namun aplikasi membina soalan kebanyakannya berbayar ataupun perlu berdaftar. Jadi saya rasa cara terbaik adalah dengan meletakkan stopwatch yang diembed dari laman web lain.

Jom saya tunjukkan caranya.

1. Pergi ke laman web ini http://e.ggtimer.com/

2. Setkan masa yang anda mahukan dan klik Go. Sila lihat example usage. Jika anda mahukan 5 minit, taip 5 minutes. Jika anda hanya menaip 5, timer akan diset kepada 5 saat.


3. Paparan berikut akan keluar. Sila copy URLnya.



4. Sekarang, buka site yang kita letakkan soalan kuiz. Klik dan tarik widget Embed Website ke dalam site kita.


5. Paste URL timer tadi. Klik Save Changes.


6. Di bawah adalah hasilnya. Timer akan berfungsi apabila murid membuka page berkenaan.


7. Apabila masa telah tamat, satu dialog box akan terpapar menyatakan masa telah tamat.


Frog VLE | 8 Langkah Pindahkan Site Dari Sekolah Lama Anda

Saya terpanggil untuk menaip entri ini untuk menjawab soalan dari seorang pelawat blog saya.


Seperti yang kita sedia maklum, pada awal kemunculan Frog VLE ini, guru-guru yang berpindah sekolah akan kehilangan semua site yang telah dibinanya di sekolah lama kerana site tersebut kekal di sekolah lama manakala hanya id guru tersebut yang dipindahkan.

Kemudian, pada pertengahan tahun 2015, Frog telah membuat satu update di mana kita boleh share site yang kita bina kepada semua pengguna internet (berbanding sebelumnya sharing hanya kepada warga sekolah sahaja.) Anda boleh baca entri saya berkaitan itu di sini.

Update Frog yang terkini (Ogos 2016) pula memberikan khabar gembira kepada mereka yang selama ini bersemangat membina banyak site pembelajaran di sekolah lama tetapi terpaksa mengucapkan selamat tinggal setelah berpindah sekolah. Anda kini boleh pindahkan site di sekolah lama tersebut dengan adanya Site Transfer Tool.

Jom saya tunjukkan caranya. 
* Sebelum itu, saya terpaksa mengaku yang saya tidak dapat mencuba perkara ini kerana saya belum lagi berpindah sekolah (buat masa ini) tetapi tutorial ini adalah berdasarkan nota dalam Learn Centre Frog VLE. Saya harap anda berjaya melakukannya!

Langkah 1
Log in ke dashboard Frog VLE anda melalui URL sekolah terkini anda dan klik pada (1) untuk membuka FrogDrive.


Langkah 2
Klik pada Appications.

Langkah 3
Klik pada Transfer Tool.


Langkah 4
Taipkan URL sekolah lama anda. Formatnya https://kodsekolah.1bestarinet.net

Langkah 5
Klik Next.


Langkah 6
Anda boleh klik tanda Tick pada mana-mana site yang anda ingin pindahkan.

Langkah 7
Atau jika anda ingin memindahkan semua site yang terpapar, klik pada tanda Tick di sebelah Site Name.

Langkah 8
Klik pada Import Site. Anda akan menerima notifikasi setelah site tersebut berjaya dipindahkan.



Untuk akses site tersebut, klik pada My Sites



Soalan Semua Subjek UPSR 2016 Percubaan UPSR Negeri Melaka

Saya dapat soalan-soalan percubaan negeri Melaka ini dari mesej Telegram yang diforwardkan oleh Guru Besar. Oleh kerana sebelum ini saya tidak nampak link di internet yang kongsikan soalan-soalan ini, maka saya kongsikan di sini.

Kredit kepada SK Telok Mas, Melaka dan blalangblatuk.blogspot.my

Klik pada nama kertas soalan di bawah untuk download ya.

Soalan Semua Subjek UPSR 2016 Modul Tambah Nilai 2 Daerah Kluang

UPSR tinggal dua minggu sahaja lagi. Mujurlah teknologi internet memudahkan guru-guru berkongsi soalan untuk latih tubi UPSR. Teringat 12 tahun dulu sewaktu mula-mula posting, untuk bertukar soalan dengan rakan guru dari negeri lain, kena fotostat dahulu soalan dan poskan. 

Saya kongsikan soalan Modul Tambah Nilai 2. Semoga segala usaha kita guru-guru memberi hasil yang baik untuk anak-anak murid kita. Walau bagaimanapun mereka, insya Allah berkat usaha dan doa akan ada hasilnya. Belakang parang pun tajam kalau diasah kan?

Oh ya..soalan-soalan tersebut saya scan gunakan Camscanner di handphone sahaja. Masa-masa kritikal ni amat berharga untuk diluangkan jika gunakan scanner yang hasilnya lebih sharp. Boleh baca entri saya berkenaan Camscanner di sini ya. 

Klik pada nama kertas soalan di bawah untuk download ya.


Semoga bermanfaat.

Sifir dengan game BINGO

Hari ni menggantikan guru matematik murid Tahun 6. Murid-murid diberi kebenaran untuk buat ulangkaji sendiri. Minggu depan pun ada ujian. Jadi, masing-masing sibuk la menulis sesuatu di kertas. Rupa-rupanya mereka nak main game BINGO dengan kawan sebelah. Saya pun mula lah membebel. 
Saya : Apalah awak dapat main BINGO dengan UPSR yang tinggal kurang sebulan lagi?
Murid : Seronok cikgu. Kan matematik ni. 
Saya : Matematik lah sangat kalau setakat tulis nombor 1 sampai 25 tu. Cuba lah awak ubahsuai sikit biar dapat faedah. 
Murid : Nak ubahsuai macamana cikgu?
Saya : (Dalam hati...a ah ya..nak ubahsuai macamana ya?)

Mujur tetiba dapat idea.

Saya : Awak main lah 10 round ke. Lepas tu, siapa yang dapat BINGO dulu, awak jumlahkan la nombor dalam petak yang jadi BINGO tu. Habis 10 round, jumlahkan semua dan siapa yang dapat banyak mata, dialah yang menang.
Murid : Macam tak best je cikgu..
Saya : (Dalam hati..memang la tak best korang malas nak mengira)

Kebetulan dapat lagi satu idea.

Saya : Tak pun macam ni lah. Daripada awak tulis nombor 1 sampai 25 tu, baik lah awak tulis nombor macam sifir. 2,4,6 ke...3,6,9 ke..dapat jugak awak menghafal sifir.
Murid : OK jugak tu.

Maka..bermainlah anak2 muridku BINGO sifir.. 

#sayabukancikgumatematik

Bagaimana Untuk Menyumbang Kepada Dana Frog Classroom Makeover SK Kg Dato Ibrahim Majid

Di bawah adalah cara bagaimana untuk anda menyumbang kepada dana kami di platform 100%percentproject.

Ribuan terima kasih atas sumbangan anda.

Setelah anda buka projek kami di link 






Seterusnya, anda boleh teruskan sumbangan melalui perkhidmatan perbankan internet FPX. 

Bantu Kami Untuk Dana Frog Classroom Makeover

Dua bulan yang lalu, sekolah saya telah memohon untuk Program Frog Classroom Makeover anjuran YTL. Secara amnya, program ini membantu pihak sekolah menukar bilik darjah sedia ada kepada Kelas Frog yang lebih kondusif dan selesa untuk pembelajaran murid-murid. Pihak sekolah merasakan keperluan mewujudkan Kelas Frog ini adalah sangat mendesak kerana Makmal Komputer sedia ada tidak dapat menyediakan peluang maksimum kepada murid untuk belajar dengan berbantukan teknologi terkini iaitu ICT. Penggunaan hanya satu bilik (makmal komputer) untuk P&P berplatform Internet dan Frog ini menyebabkan setiap kelas hanya dapat masuk satu kali sahaja seminggu.

Jadi, jika kelas Frog yang baharu dapat direalisasikan, murid-murid dapat lebih kerap belajar dengan ICT yang mana pengalaman yang menyeronokkan bagi anak-anak yang kebanyakannya tiada akses internet di rumah mereka. Sepanjang saya mengajar menggunakan platform internet dan Frog VLE ini, saya dapati tahap keterujaan murid memang tinggi dan mereka amat aktif berpartisipasi dalam proses pembelajaran. 

Antara gambar-gambar semasa P&P

Kelas Frog yang baharu ini hanya dapat direalisasikan jika sekolah kami dapat mengumpulkan dana yang mencukupi seperti yang telah ditetapkan oleh pihak YTL kerana program ini memerlukan sekolah menyediakan separuh daripada dana keseluruhan manakala separuh lagi ditanggung oleh YTL. 

Saya amat berbesar hati sekiranya pihak pembaca blog ini dapat menyumbangkan walau sedikitpun kepada dana projek tersebut. Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link di bawah.
Ribuan terima kasih kepada semua. Hanya Allah yang dapat membalas jasa anda semua. 


IMPIAN KAMI.....

Dari kelas sebegini...

Kami ingin transformkan menjadi ....
  

Cara Install Sync School Messaging Sebagai Parent, Teacher atau Student

Dalam tutorial ini, saya ingin berkongsi cara-cara untuk install aplikasi Sync School Messaging dan daftarkan diri anda sebagai ibu bapa, guru ataupun pelajar.

 Apakah Sync School Messaging? Ianya adalah satu aplikasi untuk sekolah menyampaikan maklumat kepada ibu bapa, guru dan pelajar. Konsepnya lebih kurang sama seperti Telegram Channel di mana hanya admin sahaja yang boleh post mesej. 

Saya akan tunjukkan cara install aplikasi ini ke dalam handphone android. 

1. Buka Play Store dan taipkan kata carian "sync school messaging". Kemudian tap Search.



2. Tap pada butang INSTALL.


3. Tap pada butang ACCEPT.


4. Handphone anda akan muat turun dan install aplikasi ini. Setelah selesai proses instalasi, tap pada OPEN.


5. Sekarang anda perlu memasukkan nombor telefon anda. Setelah itu, tap pada SUBMIT.


6. Kemudian, tap pada YES,CONFIRM.


7. Satu activation SMS akan dihantar ke nombor anda. SMS tersebut mengandungi kod 4 digit. Taipkan kod tersebut dan tap pada SUBMIT.


8. Kadang-kadang, activation SMS tersebut tidak sampai dalam masa 1 minit. Jika ini berlaku, anda boleh minta aplikasi menghantar semula SMS tersebut dengan tap pada REQUEST SMS AGAIN.


9. Proses seterusnya adalah membuat carian nama sekolah. Anda boleh taipkan singkatan nama sekolah ataupun sebahagian perkataan yang ada pada nama sekolah tersebut. Contohnya, jika nama sekolah ialah SK KAMPUNG DATO IBRAHIM MAJID, anda boleh mengggunakan kata carian 'skkdim', 'ibrahim' atau 'majid'. Tap pada icon search setelah kata carian ditaip.


10. Apabila hasil carian dipaparkan, tap pada nama sekolah tersebut.


11. Sekarang, anda perlu pilih role anda sama ada ibu bapa (parent), guru (teacher) atau pelajar (student).


12. Contohnya, jika role anda adalah Parent, anda perlu memilih Darjah atau Tingkatan anak anda berada pada tahun 2016 ini. Multiple selection adalah dibenarkan.

Akhir sekali, tap pada butang SYNC.


SELAMAT BERJAYA!

Pengikut