Frog VLE | Import Data dari APDM ke Frog

Saya ingin berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan admin Frog sekolah tentang cara import data murid dari APDM ke dalam Frog VLE. Untuk tahun 2016 ni nampaknya admin Frog sekolah kena buat sendiri proses ini yang dahulunya dibuat oleh Helpdesk. 

Mula-mula, saya minta Guru Data sekolah eksport keseluruhan data murid  dari APDM dan emelkan kepada saya.

Bila dah dapat data tu, ada sedikit kerja yang perlu dilakukan. Ini adalah kerana, kalau diperhatikan, fail data tersebut (dalam format xls) mengandungi banyak sheets mengikut jumlah kelas yang ada di sekolah. (Lihat 1)

Jadi, kita perlu asingkan sheets tersebut. Apa yang saya buat adalah, saya select keseluruhan cell (Lihat 2), dan copy... 



Kemudian, saya bina satu spreadsheet baharu dan pastekan data tadi.


Kerja di sini belum selesai lagi kerana anda perlu namakan semula Sheet1 kepada nama kelas.


contohnya seperti di bawah.

 
Kemudian, save fail tadi contohnya D1berlian.xlx. 
Sekarang, kita telah selesai kerja pada data APDM..kita log masuk ke Frog

Klik (1) Quick Launch dan kemudian (2) Users


Klik (1) pada tab Groups.
(2) Masukkan nama kelas Tahun 1 / Tingkatan 1 dan klik Save
(3) Jika ada perubahan pada nama kelas di sekolah anda, anda boleh edit di bahagian ini.


Setelah selesai proses pada nama kelas, sekarang kita bersedia untuk proses import data dari APDM.
(1) Klik Import
(2) Klik Choose File dan cari di mana kita save data apdm mengikut kelas tadi. Kemudian, klik Confirm.


Status File uploaded succesfully dipaparkan menunjukkan kita telah berjaya import data APDM ke dalam Frog.

Jika ada ralat, sistem akan memaparkan status seperti di bawah dan kita perlu edit kesilapan tersebut pada fail excel tadi dan upload semula.

Tips :
Nama dan IC ibu bapa tidak wajib dimasukkan. Jika data APDM hanya ada salah satu maklumat tersebut, error akan dipaparkan. Untuk penyelesaian, kosongkan sahaja kedua-dua maklumat tersebut dari fail excel.
  

Hilangkan bahagian putih gambar pada MS Word

Dalam menggunakan Microsoft Word, tentu ada masanya kita memasukkan gambar atau clipart. Contohnya :


Dalam contoh di atas, saya telah memasukkan satu clipart buku. Namun begitu, ianya kurang cantik kerana terdapat bahagian putih pada clipart tersebut. Jadi, bagaimana untuk buang bahagian putih tersebut?

Caranya :
1. Klik pada clipart.
2. Klik menu Format
3. Klik Remove Background

Sekarang ....
1. Klik dan drag outline supaya keseluruhan clipart dimasukkan.
2. Klik Keep Changes


Di bawah adalah hasilnya...



Selamat mencuba....


Frog VLE | Letakkan external link menggunakan imej

Biasanya dalam kita membuat site di platform Frog VLE, kita akan gunakan widget
External link untuk membuat hyperlink ke page yang ada di world wide web.

Hasilnya mungkin kelihatan agak tidak menarik seperti gambar di bawah.



Jadi, ada satu alternatif jika anda inginkan kelainan pada paparan site anda terutamanya bagi mereka yang gemar menggunakan image yang pelbagai sebagai hyperlink. Caranya agak leceh sedikit tetapi berbaloi juga untuk dapatkan paparan yang menarik. Apa yang lecehnya ialah anda perlu upload dahulu image menggunakan widget media. Sebabnya, kita perlukan url image tersebut kelak. Namun begitu, jika anda ingin menggunakan image yang sedia ada di WWW..anda hanya perlu klik kanan dan copy url image tersebut.

Saya kongsikan caranya di sini.


Katakanlah saya hendak menjadikan banner di atas sebagai hyperlink yang akan membuka laman web sekolah saya. Namun, saya telah memasukkan banner tersebut menggunakan widget media yang mana tiada fungsi hyperlink pada widget tersebut. Jadi, tiada apa yang akan berlaku jika pelawat klik pada banner tersebut.


Sekarang, saya akan cuba jadikan banner tersebut sebagai hyperlink.
1. Mula-mula, letakkan kursor di atas banner dan klik butang kanan mouse. Apabila menu seperti di atas terpapar, pilih Copy image URL.
2. Sekarang klik Edit.


Klik Tab Widget dan kemudian drag and drop widget Text ke dalam site.


1. Paparan Sample text akan terpapar dalam widget tersebut. Highlightkannya dan delete.
2. Kemudian, klik icon image.


Sekarang, pastekan URL image kita tadi ke dalam medan URL dengan cara klik butang kanan mouse dan pilih Paste.


Setelah itu, kita boleh modify width dan height image kita tadi mengikut kesesuaian. Setelah selesai, klik OK.


1. Klik pada banner. Ianya akan dihighlight.
2. Klik icon link seperti gambar di atas.


Taipkan atau paste URL website kita. Klik OK.


Setelah selesai, kita akan dapati status bar memaparkan URL laman web apabila kita letakkan kursor di atas banner.

Jadikan Laptop Windows 10 anda sebagai Internet Hotspot

3 hari lepas, talian internet Streamyx rumah saya mengalami gangguan kerana ada kabel telefon putus. Jadi, terpaksalah bergantung kepada pakej data internet handphone sahaja. Mujur juga saya guna line Onexox yang sangat menjimatkan. Tapi bila hendak membuat kerja di laptop yang juga memerlukan internet, masalah juga kalau nak gunakan internet telefon. Teringat yang saya mempunyai Dongle Yes 1Bestarinet. Dapatlah juga internet connection.

Kemudian, bila isteri pun nak gunakan internet untuk buat kerja sekolah dah jadi persoalan baru bagaimana nak kongsikan internet di laptop saya dengan laptop isteri. Setelah men'google', akhirnya dapat cara untuk berkongsi internet. Saya jadikan laptop saya (Windows 10) sebagai hotspot dan berkongsi sambungan ke internet dengan  laptop isteri. 

Jom saya kongsikan caranya.

Langkah 1

Sambungkan laptop ke internet menggunakan Dongle Yes.



Langkah 2

Klik kanan pada logo Windows dan klik pada Command Prompt (Admin)


Langkah 3

Taipkan netsh wlan show drivers dan tekan Enter.


Langkah 4

Pastikan status pada Hosted network supported adalah Yes.


Langkah 5

Sekarang, taipkan netsh wlan set hostednetwork mode=allow ssid=NamaHotspot key=password dan tekan Enter.

NamaHotspot = nama yang anda ingin set sebagai hotspot anda (jangan jarakkan jika ada lebih dari 1 perkataan). Saya letakkan Hotspot
key = password yang anda ingin set. Saya letakkan h0tsp0t01


Langkah 6

Lihat status mesej yang dipaparkan. Jika dapat seperti paparan di bawah, teruskan dengan menaip netsh wlan start hostednetwork dan tekan Enter.


Langkah 7

Lihat status mesej yang dipaparkan. Jika The hosted network started, maknamya anda telah berjaya.


Langkah 8

Sekarang, klik kanan pada icon network dan klik Open Network and Sharing Center.


Langkah 9

Anda akan dapat perhatikan satu network sedang dikenalpasti (identified).


Langkah 10

1. Setelah network Hotspot tadi dikenalpasti, klik (2) Change adapter setting.


Langkah 11

Klik kanan pada Ethernet/Yes Go (1) dan klik Properties (2)


Langkah 12

Klik (1) Sharing, kemudian Tick pada allow other network users...(2) dan pilih (3) Local Area Connection *6 (Namanya mungkin berbeza pada laptop anda)


Langkah 13

Anda akan dapat perhatikan sambungan internet Yes anda berada pada status Shared.


Langkah 14

Dan Hotspot anda sedia untuk dikongsikan dengan laptop / hp lain. Pada laptop/hp lain, search available wifi connection dan sambung pada Hotspot anda menggunakan password yang anda telah set tadi.


SELAMAT MENCUBA YA....

Pengikut