Frog VLE | Import Data dari APDM ke Frog

Saya ingin berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan admin Frog sekolah tentang cara import data murid dari APDM ke dalam Frog VLE. Untuk tahun 2016 ni nampaknya admin Frog sekolah kena buat sendiri proses ini yang dahulunya dibuat oleh Helpdesk. 

Mula-mula, saya minta Guru Data sekolah eksport keseluruhan data murid  dari APDM dan emelkan kepada saya.

Bila dah dapat data tu, ada sedikit kerja yang perlu dilakukan. Ini adalah kerana, kalau diperhatikan, fail data tersebut (dalam format xls) mengandungi banyak sheets mengikut jumlah kelas yang ada di sekolah. (Lihat 1)

Jadi, kita perlu asingkan sheets tersebut. Apa yang saya buat adalah, saya select keseluruhan cell (Lihat 2), dan copy... 



Kemudian, saya bina satu spreadsheet baharu dan pastekan data tadi.


Kerja di sini belum selesai lagi kerana anda perlu namakan semula Sheet1 kepada nama kelas.


contohnya seperti di bawah.

 
Kemudian, save fail tadi contohnya D1berlian.xlx. 
Sekarang, kita telah selesai kerja pada data APDM..kita log masuk ke Frog

Klik (1) Quick Launch dan kemudian (2) Users


Klik (1) pada tab Groups.
(2) Masukkan nama kelas Tahun 1 / Tingkatan 1 dan klik Save
(3) Jika ada perubahan pada nama kelas di sekolah anda, anda boleh edit di bahagian ini.


Setelah selesai proses pada nama kelas, sekarang kita bersedia untuk proses import data dari APDM.
(1) Klik Import
(2) Klik Choose File dan cari di mana kita save data apdm mengikut kelas tadi. Kemudian, klik Confirm.


Status File uploaded succesfully dipaparkan menunjukkan kita telah berjaya import data APDM ke dalam Frog.

Jika ada ralat, sistem akan memaparkan status seperti di bawah dan kita perlu edit kesilapan tersebut pada fail excel tadi dan upload semula.

Tips :
Nama dan IC ibu bapa tidak wajib dimasukkan. Jika data APDM hanya ada salah satu maklumat tersebut, error akan dipaparkan. Untuk penyelesaian, kosongkan sahaja kedua-dua maklumat tersebut dari fail excel.
  

20 ulasan :

  1. Row number 0, Error, column did not match... Mcm mana nak selesai?

    BalasPadam
  2. salam sejahtera dan 1 malaysia,

    saya hadapi masalah yang disebutkan di atas :(
    cara penyelesaiannya:-
    a. ambil data murid semula daripda apdm...
    b. buka data murid...
    c. pastikan tidak delete column dan hanya delete maklumat
    yang ada dalam column tersebut sahaja seperti kehendak
    vle...
    d. import data...
    e. selesai import...

    selamat mencuba... ;)

    maklumat lanjut sila ke http://btpnperlis.moe.edu.my/btpn/images/Dokumen/panduanAPDM.pdf

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih tuan kerana berkongsi penyelesaiannya. Saya nak jawab pun tak tahu kerana tak hadapi masalah spt itu.Saya pun hanya berkongsi pengalaman.

      Padam
    2. Tqvm. Saya dah buat. Alhamdulillah selesai. Data dan id pelajar pon dah ada semuanya.

      Padam
    3. Alhamdulillah...terima kasih atas maklumat...saya pun menghadapi masalah yang sama..terima kasih banyak2 cikgu

      Padam
  3. selepas press confirm, process loading.... tiba-tiba, screen tukar ke putih dan tidak memaparkan apa-apa? Ini menunjukkan apa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. selepas edit contents, save as excel 97-2003 workbook. kena save as dulu file tu.. kalau upload yg dari APDM kerap berlaku white screen mcm tu.

      Padam
  4. Salam...setelah saya buat proses import data dari apdm ni , saya punya data student bertindan. Macamana cara nak delete?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam..betul..saya sendiri hadapi masalah yang sama bilamana yes id untuk sebahagian murid Tahun 1 ada 2 untuk seorang murid. Saya telah rujuk Helpdesk dan mereka minta kita disable salah satu id murid berkenaan dan hanya pihak helpdesk yang boleh delete. Namun, sehingga komen ini ditulis, pihak helpdesk masih belum delete id murid yang saya telah disablekan. Saya pun tak pasti apa masalah di pihak mereka.

      Padam
  5. Salam cikgu
    sy hadapi masalah utk import data murid. sy da daftar kelas di group tetapi bile import die kate class name mismatched.mohon bantu.tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pastikan nama kelas pada tab di sheet sama dengan nama kelas yang didaftar di group. Rujuk gambar yg ke4 di atas.

      Padam
  6. Terima kasih atas perkongsian cikgu...

    Saya telah berjaya import data murid dan telahpun berjaya.
    Akan tetapi, data murid masih belum wujud di 'student list'...

    Apakah langkah seterusnya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikut pengalaman saya, selepas proses import berjaya..data murid tidak terus wujud dalam frog. Jadi, saya buat laporan ke pihak helpdesk melalui portal 1BNSelfcare..dan selepas 4 hari barulah data murid muncul.

      Padam
  7. Assalamualaikum cikgu..sy ada masalah untuk import data murid...apabila saya import...error nya form is not valid..no of columns do not match

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pastikan anda gunakan fail xls yg diimport dari apdm tanpa delete apa2 kolumn

      Padam
  8. Assalamualaikum, terima kasih diatas perkongsian ilmu. Saya telah berjaya upload file, masalah yg dihadapi seperti page jadi blank putih, masalah 'date', collum' dll. Cara atasi semua tu adalah seperti yg telah cikgu idris dan rakan lain bagitahu, clear content tapi jangan deleted collum, nama file haruslah betul dan bagi masalah "date" saya telah ubah data "tarikh lahir" ke collum "jantin" dan data "jantina" ke collum "tarikh lahir", cuma cut and paste data tu. Sekian. terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kepada sesiapa yg nak saya tolong uploadkan boleh la email ke vleadmin.aba6054@yes.my, ada masa free In Sya Allah saya akan tolong.

      Padam
    2. Tahniah!

      Padam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Pengikut