Jadikan Laptop Windows 10 anda sebagai Internet Hotspot

3 hari lepas, talian internet Streamyx rumah saya mengalami gangguan kerana ada kabel telefon putus. Jadi, terpaksalah bergantung kepada pakej data internet handphone sahaja. Mujur juga saya guna line Onexox yang sangat menjimatkan. Tapi bila hendak membuat kerja di laptop yang juga memerlukan internet, masalah juga kalau nak gunakan internet telefon. Teringat yang saya mempunyai Dongle Yes 1Bestarinet. Dapatlah juga internet connection.

Kemudian, bila isteri pun nak gunakan internet untuk buat kerja sekolah dah jadi persoalan baru bagaimana nak kongsikan internet di laptop saya dengan laptop isteri. Setelah men'google', akhirnya dapat cara untuk berkongsi internet. Saya jadikan laptop saya (Windows 10) sebagai hotspot dan berkongsi sambungan ke internet dengan  laptop isteri. 

Jom saya kongsikan caranya.

Langkah 1

Sambungkan laptop ke internet menggunakan Dongle Yes.



Langkah 2

Klik kanan pada logo Windows dan klik pada Command Prompt (Admin)


Langkah 3

Taipkan netsh wlan show drivers dan tekan Enter.


Langkah 4

Pastikan status pada Hosted network supported adalah Yes.


Langkah 5

Sekarang, taipkan netsh wlan set hostednetwork mode=allow ssid=NamaHotspot key=password dan tekan Enter.

NamaHotspot = nama yang anda ingin set sebagai hotspot anda (jangan jarakkan jika ada lebih dari 1 perkataan). Saya letakkan Hotspot
key = password yang anda ingin set. Saya letakkan h0tsp0t01


Langkah 6

Lihat status mesej yang dipaparkan. Jika dapat seperti paparan di bawah, teruskan dengan menaip netsh wlan start hostednetwork dan tekan Enter.


Langkah 7

Lihat status mesej yang dipaparkan. Jika The hosted network started, maknamya anda telah berjaya.


Langkah 8

Sekarang, klik kanan pada icon network dan klik Open Network and Sharing Center.


Langkah 9

Anda akan dapat perhatikan satu network sedang dikenalpasti (identified).


Langkah 10

1. Setelah network Hotspot tadi dikenalpasti, klik (2) Change adapter setting.


Langkah 11

Klik kanan pada Ethernet/Yes Go (1) dan klik Properties (2)


Langkah 12

Klik (1) Sharing, kemudian Tick pada allow other network users...(2) dan pilih (3) Local Area Connection *6 (Namanya mungkin berbeza pada laptop anda)


Langkah 13

Anda akan dapat perhatikan sambungan internet Yes anda berada pada status Shared.


Langkah 14

Dan Hotspot anda sedia untuk dikongsikan dengan laptop / hp lain. Pada laptop/hp lain, search available wifi connection dan sambung pada Hotspot anda menggunakan password yang anda telah set tadi.


SELAMAT MENCUBA YA....

1 ulasan :

  1. Assalam cikgu..tk byk ats perkongsian ini..mmg sy tercari2 info sebegini sblm ini.

    Persoalan sy di sini, adakah kita perlu ulang perkara yg sama setiap kali kita ingin jadikan laptop sbg hotspot?

    Terima kasih ats respon cikgu.

    BalasPadam

Pengikut