Cara Salin SKT Tahun sebelumnya dalam Sistem HRMIS

Saya percaya ramai dalam kalangan rakan2 guru yang sedang menyiapkan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) pada waktu ini. Untuk menjimatkan masa, kita boleh salin SKT dari tahun sebelumnya dan kemudian edit sahaja bahagian yang berkenaan. Di sini saya ingin kongsikan cara untuk menyalin SKT dalam HRMIS. 

1. Log masuk dahulu ke dalam sistem HRMIS. Kemudian pilih Laporan Penilaian Prestasi Tahunan.


2.  Sekarang, gerakkan kursor ke (1) Fungsi (2) Sasaran Kerja Tahunan (3) Pegawai yang dinilai (4) Sasaran Kerja Tahunan.

Pastikan Tahun prestasi adalah 2016 dan klik Teruskan. Jika ditanya Adakah anda ingin mewujudkan SKT Tahun 2016, pilih Ya.


3. Kemudian, perhatikan bahagian di sebelah kanan atas dan anda akan nampak opsyen untuk Salin dari tahun sebelumnya. Pilih Tahun dan kemudian klik Salin.


* Saya baru dapat info dari GB..kita kena kosongkan bahagian Pencapaian Sebenar, % Pencapaian dan Ulasan pada pengisian kali ini.



Tidak boleh print dari MS Excel

Saya ditanya oleh seorang rakan tentang masalah printer yang dihadapi. Katanya, beliau cuba untuk mencetak dokumen dari MS Excel. Namun, nama printer yang telah diset as default printer tiada dalam senarai pada print dialog box.


Masalah tersebut tidak pula berlaku bila menggunakan aplikasi Office Word dan lain-lain.

Cara penyelesaian yang saya dapat ialah :

  1. Open regedit (Start ---> Run ---> regedit)
  2. Go to HKEY_CURRENT_USER -> software -> Microsoft -> WindowsNT ->
  3. Here you find the three folder Devices , Printer Ports and Windows
  4. Right click on every folder and give the full permission for the user in which you show this problem
  5. Restart the system
  6. And reinstall the printer

MS Excel | Gabungkan data dari 2 cell ke dalam satu cell

Dalam entri ini saya ingin berkongsi bagaimana caranya untuk menggabungkan data dari dua cell yang berbeza ke dalam satu cell sahaja. Contohnya, sila lihat gambar di bawah.



Kita ada dua kolum iaitu Column A dan Column B. Data pada A ialah Ali dan data pada B ialah Baba.

Sekarang, kita akan gabungkan data dari A dan B ke dalam satu cell yang sama.

Caranya ialah dengan menggunakan formula CONCATENATE.

Lihat di bawah :


Hasilnya ialah AliBaba.

Kita juga boleh meletakkan space di antara dua data tersebut.

Lihat di bawah :


Mungkin ada persoalan timbul, kenapa perlu gabungkan dua data tersebut? 

Masa saya dapat ilmu ni (saya google jugak)..saya perlu gabungkan data untuk proses MailMerge. Sebab tu kena gabungkan. Selain itu, kita dapat mempercepatkan kerja secara smart way dengan menggunakan skill ini. 

Apapun, selamat mencuba semua!

Pengikut