Cara Salin SKT Tahun sebelumnya dalam Sistem HRMIS

Saya percaya ramai dalam kalangan rakan2 guru yang sedang menyiapkan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) pada waktu ini. Untuk menjimatkan masa, kita boleh salin SKT dari tahun sebelumnya dan kemudian edit sahaja bahagian yang berkenaan. Di sini saya ingin kongsikan cara untuk menyalin SKT dalam HRMIS. 

1. Log masuk dahulu ke dalam sistem HRMIS. Kemudian pilih Laporan Penilaian Prestasi Tahunan.


2.  Sekarang, gerakkan kursor ke (1) Fungsi (2) Sasaran Kerja Tahunan (3) Pegawai yang dinilai (4) Sasaran Kerja Tahunan.

Pastikan Tahun prestasi adalah 2016 dan klik Teruskan. Jika ditanya Adakah anda ingin mewujudkan SKT Tahun 2016, pilih Ya.


3. Kemudian, perhatikan bahagian di sebelah kanan atas dan anda akan nampak opsyen untuk Salin dari tahun sebelumnya. Pilih Tahun dan kemudian klik Salin.


* Saya baru dapat info dari GB..kita kena kosongkan bahagian Pencapaian Sebenar, % Pencapaian dan Ulasan pada pengisian kali ini.



0 comments :

Catat Ulasan

Pengikut