MS Excel | Gabungkan data dari 2 cell ke dalam satu cell

Dalam entri ini saya ingin berkongsi bagaimana caranya untuk menggabungkan data dari dua cell yang berbeza ke dalam satu cell sahaja. Contohnya, sila lihat gambar di bawah.



Kita ada dua kolum iaitu Column A dan Column B. Data pada A ialah Ali dan data pada B ialah Baba.

Sekarang, kita akan gabungkan data dari A dan B ke dalam satu cell yang sama.

Caranya ialah dengan menggunakan formula CONCATENATE.

Lihat di bawah :


Hasilnya ialah AliBaba.

Kita juga boleh meletakkan space di antara dua data tersebut.

Lihat di bawah :


Mungkin ada persoalan timbul, kenapa perlu gabungkan dua data tersebut? 

Masa saya dapat ilmu ni (saya google jugak)..saya perlu gabungkan data untuk proses MailMerge. Sebab tu kena gabungkan. Selain itu, kita dapat mempercepatkan kerja secara smart way dengan menggunakan skill ini. 

Apapun, selamat mencuba semua!

0 comments :

Catat Ulasan

Pengikut