Terdelete gambar dalam Android handphone

Baru-baru ni saya hadapi masalah gambar2 dalam handphone saya habis hilang. Kesnya bila anak main handphone dan terdelete gambar yang ada dalam galeri. Mujurlah saya jumpa satu apps dalam playstore yang berjaya kembalikan gambar2 saya.

Nama apps tersebut adalah Restore Image (Super Easy). Jadi, jika anda hadapi masalah yang sama, mungkin apps ini berguna untuk anda. Di bawah saya sertakan screenshot apps tersebut. 

 

Frog VLE | Memerhati tumbesaran katak

Untuk kelas DST Tahun 2 hari ini, saya membina satu site yang simple menggunakan dua widget sahaja. Mula2 saya drag in widget Embed Website untuk masukkan video tumbesaran katak dari youtube. Kemudian saya letakkan widget Text Activity untuk murid menaip pemerhatian mereka. Selepas itu saya assign site tersebut kepada kelas berkenaan. Apabila murid log in, saya meminta mereka membuka assignment tersebut melalui Quick Launch-->Assignment.

Chromebook | Troubleshooting Display Jadi Terlalu Besar

2 hari lepas, seorang guru yang baru selesai menjalankan P&P di makmal komputer menunjukkan saya satu unit chromebook yang menurutnya bermasalah. Saya pun lihat masalahnya seperti dalam gambar.


Paparan pada skrinnya menjadi terlalu besar dan warna background menjadi seakan2 high contrast. Saya cuba untuk ubah pada setting ---> Display setting dan tukar resolution namun tidak berhasil. 

Akhirnya, seorang rakan guru dalam group telegram memberikan cara penyelesaiannya, Caranya :

Mula-mula, skrol ke bahagian penjuru kiri bawah skrin dan klik di situ. Kemudian, klik pada Accessibility.


Kemudian, uncheck pada High Contrast Mode dan Screen Magnifier.


Pengikut