Frog VLE | Latihan Membuat Karangan

Untuk kelas tambahan Tahun 6 kali ini, saya menyediakan satu site untuk melatih murid membuat karangan. Seperti biasa, saya hanya membina site yang simple sahaja namun saya perhatikan respon murid amat memberangsangkan. Saya menggunakan DUA widget sahaja iaitu widget Text dan widget Wall. Ini adalah kali pertama saya menggunakan widget Wall setelah mendapat idea penggunaannya dari rakan-rakan guru yang aktif dalam Frog VLE.

Dalam widget Text, saya telah menaip satu karangan mudah dalam Bahasa Melayu dan arahan kepada murid adalah untuk menaip semula karangan tersebut dalam Bahasa Inggeris. Di bawah widget Text tersebut saya masukkan widget Wall. Kemudian, saya sharekan  site tersebut kepada group kelas terbabit dan saya setkan akses mereka kepada Can Contribute.



Apabila murid telah log in Frog, saya minta mereka menggunakan kotak Search untuk mencari site yang telah saya sharekan kepada mereka. Kemudian, mereka mula menaip karangan mereka dalam masa yang ditetapkan. Setelah masa tamat, mereka akan klik pada butang Post dan saya paparkan jawapan mereka pada layar putih. 

Kami akan menyemak beberapa jawapan murid bersama-sama dan selepas itu saya akan menaipkan jawapan sebenar dalam Wall tadi. Kemudian, semua murid akan klik Reply dan menyalin semula jawapan sebenar.



1 ulasan :

  1. Thanks for sharing the idea sir

    BalasPadam

Pengikut