Pengguna Streamyx & Unifi | Daftar TM e-bill atau dicas RM2 untuk bil bercetak

Kepada pengguna TM Streamyx dan Unifi, (saya pengguna Streamyx)..mungkin ada yang tidak perasan notifikasi dari TM dalam bil bulanan anda yang meminta anda untuk mendaftar e-bill. Sebenarnya dari tahun 2015 perkara ini telah diumumkan di mana pengguna yang tidak mendaftar e bill akan dikenakan cas sebanyak RM5 untuk setiap bil bercetak yang dihantar ke rumah. Namun begitu, ianya telah ditangguhkan sehingga bulan Julai 2016 ini dan amaun cas terkini mengikut portal TM adalah RM2 bagi setiap bil bercetak. Jadi, nampaknya pengguna Streamyx dan Unifi tiada pilihan lain jika tidak mahu membayar cas tambahan tersebut melainkan mendaftar e bill. 

Namun begitu, anda tidak perlu risau kerana pendafaran e bill amat mudah. Mengikut portal TM, anda boleh mendaftar dengan cara berikut :


Saya memilih untuk mendaftar melalui cara ketiga iaitu dengan cara menghubungi 100 dan ianya memakan masa kurang dari 5 minit sahaja.

Selamat mendaftar ya. 

3 ulasan :

  1. Saya pun tak perasan pasal ni. Tq cikgu.

    BalasPadam
  2. Saya pengguna Unifi dah lama guna kaedah e-bill... senang dan mudah :)

    BalasPadam

Pengikut