Frog VLE | 8 Langkah Pindahkan Site Dari Sekolah Lama Anda

Saya terpanggil untuk menaip entri ini untuk menjawab soalan dari seorang pelawat blog saya.


Seperti yang kita sedia maklum, pada awal kemunculan Frog VLE ini, guru-guru yang berpindah sekolah akan kehilangan semua site yang telah dibinanya di sekolah lama kerana site tersebut kekal di sekolah lama manakala hanya id guru tersebut yang dipindahkan.

Kemudian, pada pertengahan tahun 2015, Frog telah membuat satu update di mana kita boleh share site yang kita bina kepada semua pengguna internet (berbanding sebelumnya sharing hanya kepada warga sekolah sahaja.) Anda boleh baca entri saya berkaitan itu di sini.

Update Frog yang terkini (Ogos 2016) pula memberikan khabar gembira kepada mereka yang selama ini bersemangat membina banyak site pembelajaran di sekolah lama tetapi terpaksa mengucapkan selamat tinggal setelah berpindah sekolah. Anda kini boleh pindahkan site di sekolah lama tersebut dengan adanya Site Transfer Tool.

Jom saya tunjukkan caranya. 
* Sebelum itu, saya terpaksa mengaku yang saya tidak dapat mencuba perkara ini kerana saya belum lagi berpindah sekolah (buat masa ini) tetapi tutorial ini adalah berdasarkan nota dalam Learn Centre Frog VLE. Saya harap anda berjaya melakukannya!

Langkah 1
Log in ke dashboard Frog VLE anda melalui URL sekolah terkini anda dan klik pada (1) untuk membuka FrogDrive.


Langkah 2
Klik pada Appications.

Langkah 3
Klik pada Transfer Tool.


Langkah 4
Taipkan URL sekolah lama anda. Formatnya https://kodsekolah.1bestarinet.net

Langkah 5
Klik Next.


Langkah 6
Anda boleh klik tanda Tick pada mana-mana site yang anda ingin pindahkan.

Langkah 7
Atau jika anda ingin memindahkan semua site yang terpapar, klik pada tanda Tick di sebelah Site Name.

Langkah 8
Klik pada Import Site. Anda akan menerima notifikasi setelah site tersebut berjaya dipindahkan.



Untuk akses site tersebut, klik pada My Sites



2 ulasan :

  1. U save me cikgu...thanks a lot!

    BalasPadam
  2. input yang amat bermakna dan berguna.Mohon share.

    BalasPadam

Pengikut