Frog VLE | Hati-hati dengan Widget File Drop

Pertamanya, tajuk entri ini mungkin agak kontroversial. Namun saya nyatakan awal-awal tujuan entri ini dibuat adalah untuk berkongsi pengalaman dan semoga dengan perkongsian ini kes yang sama tidak berulang kepada pengguna Frog VLE yang lain.

Cerita begini. Untuk menggalakkan rakan-rakan guru sekolah menggunakan Frog VLE, saya telah membina satu laman (site) yang saya namakan Laman Perkongsian Fail. Pada laman ini, saya bahagikan kepada pelbagai pages dan setiap page itu saya letakkan satu widget File Drop.

Bagaimana ia berfungsi?
Laman in membolehkan semua guru-guru berkongsi apa sahaja bahan/dokumen dengan cara memuatnaik (upload) ke widget File Drop yang telah saya letakkan. Kemudian, guru-guru lain boleh download bahan tersebut. Saya dapati ianya memang memudahkan guru-guru berkongsi bahan kerana mereka boleh dapatkan bahan dengan cepat dan mudah.

Elemen utama dalam lama ini adalah File Drop Widget.

Setelah hampir setahun sekolah kami menggunakan laman ini untuk berkongsi bahan, pada bulan Ogos atau September yang lalu (saya tidak ingat the exact date) bila saya sebagai Admin membuka laman tersebut, saya dapati keluar paparan seperti ini.



Sedangkan sebelum ini, telah banyak dokumen yang telah dikongsikan oleh guru-guru.

Saya membuat laporan kepada Helpdesk bertanyakan apakah masalah yang berlaku. Jawapan mereka adalah mungkin kerana widget tersebut mengalami masalah dan telah 'rosak'.
Saya bertanya lagi bagaimanakan status semua dokumen yang telah diupload ke dalam widget tersebut dan jawapan yang sangat MENGECEWAKAN diberi iaitu semua dokumen tersebut telah HILANG.

Kemudian bila ditanya adakah ada cara untuk recover semua dokumen tersebut dan sekali lagi saya AMAT KECEWA kerana mereka mengatakan tiada cara untuk kita dapatkan semula dokumen tersebut.

Saya berasa pelik kerana setahu saya semua fail atau apa-apa yang kita muatnaik (upload) sepatutnya disimpan di satu direktori yang boleh dicapai semula tetapi dalam kes ini amatlah menghairankan ke manakah dokumen itu disimpan.

Sejak dari itu, mood untuk berinovasi menggunakan platform Frog VLE ini sedikit pudar memikirkan bagaimana harus saya jawab dengan rakan-rakan guru. Kasihan mereka yang baharu nak berjinak-jinak menggunakan Frog dan dengan segala rugutan masalah capaian slow sebelum ini, saya rasa minat mereka juga akan pudar juga.

Saya harap pihak berkenaan yang membaca entri ini dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelak masalah ini berulang.



0 comments :

Catat Ulasan

Pengikut