Frog VLE | Cara Gunakan Kuiz dalam FrogPlay sebagai Tugasan Untuk Murid

Jika dalm entri sebelum ini saya telah menceritakan serba sedikit tentang FrogPlay, kali ini saya ingin berkongsi cara-cara menggunakan kuiz dari FrogPlay sebagai tugasan kepada murid.

Sebenarnya, guru-guru boleh menyisipkan kuiz dari FrogPlay ke dalam laman (site) pembelajaran yang guru sediakan untuk murid. Itu bermaksud, jika guru mempunyai nota pembelajaran, video mahupun isi pembelajaran berkaitan, guru boleh meletakkan kesemuanya ke dalam satu site termasukah kuiz dari FrogPlay sebagai latihan kepada murid.

Namun begitu, jika guru merasakan mungkin tidak sempat untuk menyediakan site pembelajaran, anda boleh terus memilih kuiz yang bersesuaian dari FrogPlay dan menjadikannya sebagai tugasan (assignment) kepada murid. Jadi, guru dapat menjimatkan masa dan pada waktu yang sama murid berpeluang menggunakan pelantar Frog VLE dalam sesi pembelajaran mereka.

Jom kita lihat caranya.

Langkah 1
Log masuk ke dalam akaun Frog VLE anda. Klik pada ikon Frog Drive.



Langkah 2
Klik pada Quizzes




Langkah 3
Kemudian, klik pada FrogPlay Quizzes




Langkah 4
Untuk memudahkan pencarian, anda boleh klik pada ikon Filter seperti dalam gambar di bawah.




Langkah 5
Sekarang, pilih Subject.



Langkah 6
Kemudian, boleh pilih Form (tahap murid. D bermaksud Darjah, T bermaksud Tingkatan)



Langkah 7
Anda boleh scroll up and down untuk mencari kuiz bersesuaian berdasarkan tajuk. Anda boleh klik pada butang View untuk melihat isi kandungan kuiz tersebut.




Langkah 8
Scroll up and down untuk melihat keseluruhan kandungan kuiz. Setiap soalan akan dipaaprkan sekali pilihan jawapan dan jawapan yang betul.




Langkah 9
Jika berpuas hati dengan kandungan kuiz tadi, klik pada nama kuiz sehingga ianya dihighlight dengan warna biru.
1. Klik ikon setting.
2. Klik Assign.




Langkah 10
Sekarang, masukkan nama ataupun kumpulan murid. Contohnya, saya ingin menugaskan semua murid kelas 5 Delima untuk menjawab kuiz tadi, saya hanya
1. menaip d5, kemudian daripada pilihan kumpulan yang terpapar, saya akan
2. Klik pada Group D5-DELIMA. Kemudian,
3. Klik Next.




Langkah 11
Jika anda ingin menugaskan kepada beberapa orang murid secara individu, taipkan nama murid tersebut dan pilih seperti dalam gambar di bawah.




Langkah 12
Sekarang, pilih tarikh untuk due date dengan klik pada kalendar.




Langkah 13
Seterusnya, klik Assign.




Langkah 14
Satu notifikasi akan terpapar menandakan assignment tadi telah berjaya ditugaskan kepada murid yang anda tetapkan.




Langkah 15
Untuk mengarahkan murid membuka assignment tadi, minta murid log masuk, kemudian
1. Klik pada ikon Quick Launch.
2. Klik Assignment.




Langkah 16
Seterusnya, minta murid klik pada tajuk assignment yang kita tugaskan.




Langkah 17
Minta murid klik pada Launch Quiz.




Paparan seperti di bawah akan keluar. Kita boleh minta murid terus menjawab kuiz sahaja (tanpa games) dengan klik pada 1. Quick Fire ataupun
jika kita ingin murid menjawab kuiz sambil bermain game, kita boleh arahkan mereka klik pada pilihan games yang ada. Di sini, murid perlu unlock dahulu game yang mereka inginkan meggunakan Credits yang mereka ada.





Di bawah adalah contoh jika murid menjawab kuiz sahaja tanpa games. Klik Start Quiz dan...




mereka boleh terus menjawab soalan. Untuk menyemak jawapan, klik pada Check Answer.



Ini pula adalah contoh jika murid memilih untuk menjawab soalan sambil bermain game. Klik Start Quiz...


Soalan akan dipaparkan. Murid menjawab soalan dan berselang di antara soalan..

akan ada paparan untuk bermain game.


Sekian perkongsian saya pada kali ini. Cubalah dengan murid-murid anda. Kita beri mereka keseronokan dan kelainan dalam pembelajaran.

Semoga berjaya!

4 ulasan :

  1. Terima kasih cikgu. Sangat membantu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama tuan. Terima kasih juga datang membaca.

      Padam
  2. bagaimana pula untuk kite edit semula quizess yang telah siap dibina dan telah dipublised?

    BalasPadam

Pengikut