Frog VLE | FrogPlay? Modul Tambahan Yang Membuatkan Murid Teruja

Saya agak terlewat menerbitkan entri berkaitan FrogPlay ini berikutan kesibukan kerja-kerja sekolah. Terasa menyesal juga atas kelewatan ini kerana setelah saya mempunyai kesempatan masa mengeksplorasi modul terkini dalam Frog VLE ini, saya merasakan ianya sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh para guru yang selama ini mungkin agak skeptikal dengan Frog VLE.

Apa yang paling menarik dalam FrogPlay ialah ia menyediakan pelbagai kuiz yang telah tersedia kandungannya dan guru hanya perlu memilih kuiz mana yang dirasakan sesuai dengan murid masing-masing. Saya puji langkah ini kerana ia membantu guru menyediakan bahan pengajaran dengan lebih cepat, pantas dan berkesan.

Yang lebih menarik lagi, sambil menjawab soalan kuiz, murid boleh bermain permainan yang disediakan sebagai perangsang untuk mereka menghabiskan menjawab semua soalan kuiz. Hmmm..macamana pula tu? Sebagai permulaan, setiap murid diberi 600 kredit percuma. Kredit ini mereka boleh gunakan untuk unlock permainan yang mereka minati. Setakat yang saya telah cuba, satu permainan memerlukan 200 kredit untuk unlocked.

Jadi, apabila murid unlock beberapa permainan, kredit mereka akan berkurangan. Bagaimana mereka hendak menambah kredit? Kredit mereka akan bertambah sekiranya mereka berjaya menjawab soalan kuiz. Itu akan merangsang mereka untuk cuba menjawab lebih banyak kuiz untuk mendapatkan kredit tambahan.

Jom lihat poster FrogPlay di bawah.


Ini pula adalah video dari FrogAsia



Cukup dulu kot intro tentang FrogPlay ni. Dalam next entry insya Allah saya akan kongsikan bagaimana guru-guru boleh gunakan kuiz dalam FrogPlay sebagai tugasan kepada murid.

2 ulasan :

  1. Assalaamualaikum..cikgu, kenapa banyak game dalam frogplay hilang secara tiba-tiba? ada juga avatar murid-murid seperti direset..mohon penjelasan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam. Saya rasa itu ada kaitan dengan extension flash pada browser chrome. Boleh search dalam youtube ada solutionnya.

      Padam

Pengikut